GLOBALISASI DAN AGENDA ISLAM

Oleh:
Dr. Fathi Yakan
Tokoh Islam Antarabangsa

Globalisasi ialah suatu proses menerima pakai sesuatu yang bersifat antarabangsa: baik dari sudut budaya, sosial, ekonomi mahupun dari sudut politik. Kadang-kadang ia bermaksud pensejagatan segala perkara, meskipun melalui kekerasan dan tidak melalui proses bertahap.

Ia juga bermakna merembatnya sesuatu pengaruh ke atas mana-mana masyarakat, bangsa dan negara-negara tanpa bersedia.

Globalisasi dalam definisi yang lain ialah suatu gerakan bebas, aktif dan pantas oleh korporat multi-nasional; baik dalam bidang kewangan, perdagangan mahupun dalam bidang maklumat.

Dari perspektif ekonomi, ia bermakna pengurusan kapital atau modal yang bersifat sejagat di bawah hegemoni sistem dunia unipolar, iaitu kuasa yang menyeluruh menguasai terhadap isi dunia seluruhnya, baik individu, pemikiran, maklumat, kewangan, institusi, pola kelakuan, perkhidmatan ataupun pengeluaran.

Globalisasi menurut definisi “Persidangan Dunia Arab dan Globalisasi” ialah; kemudahan pergerakan orang ramai, maklumat, barangan komoditi dan pengaliran pemikiran antara pelbagai negara dunia .

Globalisasi dari sudut atau perspektif yang lain merupakan gerakan yang tidak dapat dihindari oleh seseorang. Tiada sesiapa yang dapat melepaskan diri dari kesan dan pengaruhnya. Dari sudut ekonomi ia memaparkan pergerakan modal yang bebas tanpa sekatan atau syarat. Dari sudut keinsanan pula, ia memaparkan beberapa individu yang memiliki kuasa melampaui segala batasan geografi.

Dalam bulan April tanggal 22, Syarikat Kewangan dan Perundingan Meril Lensh (Gemini) menerbitkan satu kajian menjelaskan bahawa terdapat kira 6 juta orang di dunia ini yang dianggap paling kaya. Harta mereka meningkat kepada 16 trilion dalam tahun 1996. Harta berkenaan hampir mencecah 24 trilion dolar pada hujung kurun ini. Angka tersebut menyamai pendapatan 2.3 ribu juta orang yang termiskin digandakan tiga kali.

Dalam laporan PBB dinyatakan bahawa 358 kalangan millioner terkaya di dunia memperoleh keuntungan bersih sekitar 760 ribu juta dolar setiap tahun. Ini menyamai pendapatan 45% penduduk dunia. Dengan kata lain 20% millioner di dunia ini merangkul 80% hasil dunia.

Dari sudut maklumat, globalisasi bermakna kebanjiran sistem teknologi canggih, dan pengaliran maklumat tanpa memperdulikan kerajaan dan perlembagaan negara bahkan perundangan juga. Ia gejala birokrasi tidak bernasionaliti, jatidiri dan tidak memerlukan visa.

Globalisasi, merupakan istilah yang muluk pada zahirnya tapi batinnya menjanjikan seribu satu penderitaan. Persis seperti istilah penswastaan, copratization, modernization, zionization dan hinggalah kepada satanization.

Sebenarnya masalah kita dalam menghadapi gejala ini adalah kerana kita terlalu terbiasa menjadi masyarakat pengguna, masyarakat yang membuka pintu seluas-luasnya terhadap barangan import; meskipun barangan tersebut racun berbisa. Kita suka (ciri) orang pindah kepada kita, bukan (ciri kita) berpindah kepada orang lain. Kita suka kepada pengaruh orang lain dan tidak suka mempengaruhi mereka. Kita suka mengglobalisasikan hak orang lain bukan hak kita.

Kesimpulannya, globalisasi bagaikan sesuatu serangan yang melanda. Iaitu landaan (negara) besar terhadap (negara) kecil, negara kuat terhadap negara yang lemah, yang kaya terhadap yang miskin. Landaan atau serangan gagasan dan agenda asing terhadap peradaban budaya dan warisan umat islam. Ia bagaikan perhambaan total terhadap nilai barat tapi dengan logik moderniti yang palsu atau slogan muluk yang dusta. Lebih jelas lagi dia memaparkan gejala terperusuk dalam perangkap orang dan berlakunya kelunturan jatidiri.

2. Wahana dan Alat Globalisasi

Proses dan fenomena globalisasi mempunyai berbagai wahana dan alat pemangkin yang moden dan canggih. Dari sudut komunikasi ia menggunakan internet, berbagai jenis telefon yang diam dan bergerak, teleks, dan faks. Dari sudut penyiaran ia menggunakan TV tempatan dan TV satelit, radio biasa dan radio internet, media cetak dan online, majalah dan agensi berita. Dari sudut pendidikan pengaruh globalisasi melalui institusi dan universiti, pusat penyelidikan dan maklumat. Dari sudut pengangkutan; menggunakan pengangkutan udara (untuk membawa penumpang, pelancong dan barangan ), kapal laut dan lori.

Dalam bidang mal mereka menggunakan bank-bank antarabangsa, tabung kewangan antarabangsa, industri mega, dan korporat raksasa multinasional, syarikat insuran perdagangan keji, perniagaan kanak-kanak, pembersihan untung haram, penanaman dan penjualan ganja. Manakala dalam konteks keamanan pula penaja globalisasi menggunapakai jentera perisikan tempatan, perisikan serantau dan sedunia.

3. Manhaj dan Matlamat Globalisasi.

Terdapat tiga sumber kekuatan asas yang berkesan dan sangat berpengaruh secara global, meskipun agak berbeda iaitu:

a) Kuasa kapitalisme yang diwakili oleh Amerika. Kuasa ini merancang untuk mengamericanize masyarakat dunia dan mengglobalisasikan fahaman berkenaan.
b) Zionisme; yang diwakili oleh kuasa lobi yahudi. Kuasa ini merancang untuk mencorakkan era yang dipanggil era Israel dan mengglobalisasikan zionisme.
c) Kuasa Islam; yang diwakili oleh dunia Islam secara umum. Kuasa ini merancang untuk menampilkan era Islam melalui Islamization.

Untuk lebih jelas, kita perincikan kuasa di balik tabir globlisasi sebagai berukut:

A. Kuasa Globalisasi Amerika (Kapitalisme)

Globalisasi jenis ini merancang untuk meratakan (mengagongkan) bentuk amalan hidup ala Amerika ke seluruh negara dan bangsa-bangsa di dunia. Ia bertujuan untuk menguasai dan memantau ekonomi, politik, budaya, pemikiran dan kelakuan. Kata Sadiq Jalal al-‘Azm; seorang pemikir Syria:

‘Ia adalah dekad peralihan manusia seluruhnya kepada gaya hidup kapitalisme yang tuntas dibawah kekuasaan negara induk yang berpusat dan kepimpinannya; dalam lembayung dan kedaulatan sistem transaksi dunia yang tidak setara.’

Proses Americanisasi melaksanakan perencanaan globalnya dengan menggunakan syarikat gergasi multinasional, institusi kewangan, tabung matawang antarabangsa, agensi PBB yang bergerak dalam lapangan pembangunan dan kebudayaan, pelbagai wahana informasi, jentera perisikan dan lain-lain seperti yang telah diterangkan sebelum ini.

Contoh Globalisasi Amerikanisasi

Pada suatu masa dahulu lumrah ungkapan kata-kata hikmat bahawa “manusia itu adalah putra meliunya”. Tapi kini kata-kata hikmat ini telah berubah kepada, manusia adalah anak atau putra meliu internasionalnya. Meliu atau persekitaran inilah yang membentuk dan mencanai perwatakannya; samada lebih atau kurang dalam mana-mana sifat atau sikap Pengaruh ini kadang-kadang menghapuskan jatidiri dan traits peribadi warisan datuk nenek mereka.

Kesan dan pengaruh globalisasi Amerika ini ternyata begitu mendalam dan meluas dalam berbagai bidang..

Dalam bidang busana atau gaya pakaian umpamanya kita dapati antara jenama pakaian yang terkenal di mana ratusan rumaah-rumah fesyen berlumba-lumba menghasilkannya. Antaranya ialah Pier Cardin, F.Saint Lawrence, Cocoproco dan lain-lain. Ini tidak termasuk style seluar jenama jeans dan lain-lain. Pakaian ini diperagakan oleh ratusan pragawati dan kebanyakan mereka terdiri dari kalangan pelacur dan mereka yang telah rosak akhlak.

Dalam bidang makanan dan minuman pula, globalisasi ini menampilkan pelbagai jenama. Antara jenama makanan yang hampir menyeluruh boleh didapati dalam mana-mana bandar di dunia ialah Pizza Hurt, Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Hambuger dan lain-lain. Minuman seperti Pepsi Cola, Coca-Cola, Seven Up dan lain-lain juga menjadi pujaan.

Dalam bidang wangi-wangian, bahan solek serta pelbagai alat untuk merubah ciptaan Allah terdapat jenama Christian Dion, Kareal, Lacost dan Cartear.

Bagi rokok pula selalu di war-warkan tentang rokok bercita rasa Amerika; sepertimana yang di tampilkan dalam iklan-iklan rokok. Iklan-iklan ini bagaikan penampilan racun bersalut madu.

Dalam konteks potongan rambut, style bercukur dan gaya rambut pula kita diketengahkan dengan style Hajijies, Marinez, Punk dan lain-lain.

Globalisasi ala Amerika juga boleh dirasakan dalam bidang pembuatan filem porno, jenayah, fiksyen dan khayalan yang biasanya diterbitkan dan diungguli penerbitannya oleh syarikat-syarikat perfileman Hollywood yang profesional.

Kesan pengaruh yang serupa dapt dilihat dalam bidang pengkristianan dan taktik menasranikan mangsa. Cara gayanya bersifat global seperti yang berlaku dalam pelbagai negara Asia dan Afrika. Golongan yang mengeksploit kemiskinan dan kesusahan penduduk pribumi untuk memurtadkan mereka.

Pengaruh globalisasi ala Amerika ini ketara dalam bidang muzik, nyanyian, dancing dan sebagainya. Kesannya ia telah berjaya menghasilkan generasi yang menjadikan Michael Jackson, Madonna, Goerge Michael dan lain-lain sebagai idola mereka.

Hal ini juga dapat dilihat dalam lapangan sukan; dimana orang ramai sibuk bertaruh tentang team mana yang akan menang dan sebagainya. Dengan cara itu mereka mula menghadapi masalah kelunturan jati diri.

Pengaruh ini juga dapat dilihat dalam percetusan krisis perang saudara, ethnic cleansing dan pengubahan demografi atau komposisi kependudukaan (kes Bosnia Herzegovena dan Kosova dan lain-lain).

Pengaruh globalisasi ini juga dapat dirasakan dalam meledaknya krisis ekonomi yang menjalar dan menyalakan krisis politik, kewangan, dan masuk campur kuasa besar terhadap krisis dalaman negara membangun. Ia turut mencetuskan krisis keamanan sampingan, dan merebaknya politik pembunuhan misteri dan rampasan kuasa (kes Indonesia, Malaysia dan Lebanon).

Lebih jauh globalisasi ini juga dapat kita rasakan dalam rongrongan yang gencar terhadap asas struktur sosio-politik. Iaitu negara melalui dasar divide and rule yang diamalkan oleh Henry Kassinger yang diikuti pula oleh W.Christopher selepas beliau menjawat jawatan menteri luar Amerika Syarikat.


Kedua : Globalisasi Zionist

Trend ini bergerak untuk mengukuhkan kedudukan Yahudi Dengan cara itu mereka dapat memulas kendali dunia; baik dalam aspek budaya mahupun ekonomi. Umpamanya melalui campurtangan langsung terhadap pasaran saham antarabangsa dan memiliki syarikat terbesar dunia seperti Rockfeler dan lain-lain.

Sebenarnya beberapa pasal dalam Protocol of the Oldest Zionist menegaskan terang-terang tentang keperluan menzionistkan matawang dunia.

Pasal 15 menegaskan: “Dolar wajib menjadi matawang dunia dalam masa seratus tahun akan datang.” Memang tidak ada keraguan lagi bahawa dolar adalah hasil ciptaan Yahudi. Walaupun pada zahirnya nampak seperti produk Amerika tapi adalah kerja mereka. Perkara ini memang jelas dan dari situ Yahudi menguasai masa depan dunia.

Pasal 20 dalam Protokol itu mengatakan: “Sesungguhnya melalui pengusasaan kita tehadap kekayan dunia, melalui penguasaan saham-saham utama, dan bond-bond akan memaksa kerajaan (asing) memohon pinjaman daripada kita .”

Zionisasi sosial dan budaya disebutkan oleh pasal 10 protokol Zionist sebagai berikut: “Melalui kelihaian dan permainan kita, dunia akan kita dorong ke puncak perpecahan dan dekadensi. Sehinggalah mereka merelai kita menjadi suatu kuasa pemerintah yang dapat mewujudkan kesatuan antara kita (Yahudi), menghapuskan baatasan antara negara, identiti kaum dan agama.”


Contoh Globalisasi Zionist

Kerosakan yang ditinggalkan oleh globalisasi bentuk ini amat besar dan mendalam dalam pelbagai kolompok masyarakat..

Penaja globalisasi Yahudi inilah di balik penyebaran pemikiran mulhid dan falsafah sekular. Mereka juga dalang pengasas dan pemaju kelab menyembah syaitan yang ada dunia ini. Mereka penyangak di sebalik kejatuhan matawang dan ekonomi serta kerja pemiskinan yang berencana terhadap bangsa dan negara-negara di dunia.

Mereka sindiket yang membela pelacur, mereka mafia pedagang hamba kulit putih, peniaga kanak-kanak dan pengedar ganja .Golongan inilah pembuat utama filem-filem lucah, majalah porno dan alat-alat persundalan. Contohnya, ialah mereka menggalakkan pihak berkuasa Palestin di “Ariha” untuk mendirikan Casino iaitu Casino Wahah. Mereka juga pemberi nama bandar ini sebagai Bandar Noda. Casino tersebut sengaja dibina di atas tanah wakaf Islam oleh keluarga al-Husaini. Anehnya Israel tidak mahu casino didirikan di kawasan bandar mereka; justeru ajaran Yahudi melarang permainann judi di tanah air mereka. Sebab itulah mereka mendirikan kilang phosphat di kawasan berhampiran dengan mereka. Sebaliknya pihak berkuasa Palestin menyediakan 250 buah mesin judi untuk hiburan.

Merekalah juga penggerak utama kepada krisis dalaman, perang saudara, pertembungan etnik atau golongan, perkelahian antara mazhab dan peperangan antara puak. Seperti yang berlaku di Bosnia Herzagovina, Chechnya , Sudan, Kashmir, Somalia, Eriteria, Uganda dan lan-lain.

Mereka juga pemilik atau pemegang saham besar bagi syarikat pengangkutan, penghantaran dan insuran bertarat dunia seperti Lyod’s dan sebagainya.


Globalisasi dan Peranan Amal Islami

Dalam konteks membicarakan peranan agenda Islam, maka pada hemat saya, terdapat berberapa persoalan yang berkaitan. Antaranya ialah, apakah peranan gerak kerja Islam dalam menghadapi karenah globalisasi? Apakah Islam berperanan sebagai penonton pasif yang marah-marah; bertindak sekadar memberi peringatan dan kesedaran semata-mata atau sebaliknya berperanan menampilkan gagasan penyelasaian atau menyediakan diri menjadi penyelesaian itu sendiri. Kalau alternatif yang akhir ini benar maka ada beberapa perubahan yang perlu dibuat segera.

Pertama, kita perlu keluar dari keadaan di mana kita terpencar-pencar; berpeah kepada keadaan kesatuan dan berpadu. Allah berfirman:


”Berpegang teguhlah semua dengan tali Allah dan jangan berpecahbelah.”


Kedua, kita mesti beralih dari keadaan serba individu dan local kepada keadaan serba jama’i dan ‘alami atau sejagat; baik dalam aspek terbiah, dakwah, organisasi, siasah, retorik mahupun planning. Allah berfirman:


“Demikianlah kami jadikan kamu umat yang perdana agar kalian menjadi saksi terhadap manusia lain dan Rasul menjadi saksi ke atas kamu.”

Ketiga, kita mesti berkisar dari bertikai tentang titik-bengek kepada sikap melihat secara menyeluruh. Dari sikap berbuat secara ad-hoc kepada bekerja secara bersistem. Dari melaksanakan kerja secara rawak kepada perancangan yang rapi dan persediaan yang kemas.

Keempat, kita mesti menitikberatkan content dari simbol, isi dari kulit. Namun harus juga diberi perhatian tentang penampilan zahir dan merawat gejala kelekangan identiti.

Akhirnya masa yang sama kita perlu menumpukan perhatian kepada kerja mengislamisasikan ilmu pengetahuan, menduduki tempat-tempat di mana kita boleh membuat keputusan di peringkat dunia, selain dari peringkat serantau dan setempat.
 

Oleh: Dr. Fathi Yakan   

 

 

Top            Home

Copyright 2001
Laman Web AbZad
Lot 1367 Kg. Tal Tujuh,
17030 Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
E-mail : hambaallah00@hotmail.com