ASAL USUL HARI PEREMPUAN SEDUNIA

Hari Perempuan Sedunia dilahiri  pada ketika zaman yang penuh bergelora dengan krisis  dan pergolakan sosial yang besar. Kelahiran pada waktu ini telah membentuk budaya Hari Perempuan Sedunia ini dipenuhi dengan tradisi protes dan jua aktivisme politik.  

Sebelum tahun 1910 iaitu pada awal kurun 20, ramai  perempuan di negara industri membangun telah bermula bekerja gaji. Tetapi,  pekerjaan ketika itu masih dikategorikan mengikut gender. Majoriti kaum perempuan bekerja hanya di industri tekstil, perkilangan dan perkhidmatan domestik. Keadaan berkerja dan gaji amat teruk sekali dan tertindas.Pada masa yang sama, penubunhan kesatuan sekerja jua mula berkembang  dan pertikaian industri jua banyak berlaku, termasuk jua   pekerja perempuan yang tidak berkesatuan jua turut mengadakan aksi industri.

Pelbagai perubahan telah berlaku di sekitar kehidupan kaum perempuan sehingga  mereka mengambil tindakan untuk memecahkan kongkongan politik terhadap kaum perempuan. Merata-rata  kaum perempuan  dari semua strata sosial di negara Eropah, Britain, Amerika dan jua termasuk segilintir dari Australia bermula dengan kempen bagi hak perempuan untuk berundi.  

Di Amerika Syarikat pula, perempuan dari kesatuan sekerja dan jua perempuan dari latarbelakang professional yang bersikap liberal telah bersama melakukan kempen agar  perempuan diberikan hak untuk mengundi. Mereka jua berjaya menubuh  Persatuan Kesatuan Sekerja Perempuan (WomenĄŻs Trade Union League: WTUL)  yang membantu susunatur  kaum perempuan yang bekerja untuk menuntut hak  kebajikan konomi dan politik mereka. Ini adalah saat yang paling pahit dan muram bagi banyak kaum perempuan. Ini adalah kerana  ramai di  antara mereka terpaksa berhidup dalam situasi kerja yang amat buruk , menindas serta jua situasi rumahtangga yang penuh dengan kemiskinan dan keganasan.

Pada tahun 1908, iaitu hari Ahad terakhir pada bulan Februari, kaum perempuan sosialis di Amerika Syarikat telah menginisiatif perhimpuan kaum perempunan yang pertama.

Pada Hari Perempuan yang pertama ini, ramai berkumpul dan menuntut hak mengundi, ekonomi dan politik bagi  kaum perempuan. Pada tahun seterusnya, 2,000 orang perempuan telah menghadiri perhimpunan Hari Perempuan di Manhattan.

Pada tahun 1909, pekerja perempuan  buatan baju telah melancarkan mogok umum. Seramai 20- 30,000 orang pekerja  perempuan buatan baju telah melancarkan mogok selama 13 munggu ketika musim salji yang sejuk. Mereka menuntut gaji dan keadaan berkerja yang lebih baik. Persatuan Kesatuan Sekerja Perempuan (WTUL) telah menyalurkan sokongan dengan membantu  untuk mencari duit jaminan bagi  pekerja yang ditahan ketika bermogok. Selain itu, sejumlah wang yang besar dikumpulkan bagi tabung mogok pekerja.

Pada tahun 1910, Hari Perempuan telah disussunatur oleh semua kaum sosialis dan feminis di seluruh negara. Pada tahun kemudian, mereka telah menghantar banyak wakil untuk menyertai Seminar Antarabangsa Perempuan Sosialis di Copenhagen. Perwakilan ini menghadir pesidangan ini dengan tujuan untuk mengusulkan bahawa Hari Permpuan dijadikan satu peristiwa internasional. Sejak itulah,  budaya solidaritas internasional telah terbentuk menjadi satu  persefahaman umum kaum pekerja perempuan yang tertindas. Solidaritas Internasional adalah prinsip sosialis yang  penting, walaupun ia sering digunakan tanpa diketahui prinsip tersebut. Justeru itu,   ide penyusunan perempuan dan menyususn perempuan sebagai sasaran tunggal secara politik adalah satu isu kontroversi.

Ia merupakan topik kontroversi, khasnya di dalam gerakan buruh sendiri.

Clara Zetkin, seorang aktivis terkenal  di dalam gerakan sosialis demokrasi dan jua amat tersentuh dengan aksi mogok pekerja perempuan di Amerika Syarikat telah membuat usul penting dalam persidangan ini.  Beliau telah menyampaikan satu cadangan bahawa semua kaum perempuan di seluruh dunia seharusnya memilih satu hari untuk membuat tuntutan mereka pada setiap tahun.

Persidangan yang dihadiri hampir 1,000 lebih orang perempuan  dari 17 buah negara , mereka adalah perwakilan dari kesatuan sekerja, parti sosialis, kelab perempuan yang bekerja dan jua termasuklah tiga orang wakil rakyat yang baru terpilih di parlimen Finnish. Mereka semuanya  menyambut baik sekali kepada  cadangan tersebut. Dengan ini,  terbentuklah Hari Perempuan SeDunia yang telah dipsersetujui semua di Persidangan Copenhagen.

Persidangan ini juga menegaskan bahawa  peri pentingnya hak mengundi bagi  kaum perempuan. Ia membantah sistem mengundi yang beasaskan hak hartabenda seseorang serta jua hak universal tanpa kira jantina, semua kaum lelaki dan perempuan  dewasa berhak mengundi.

Dalam persidangan ini, beberapa usul jua telah diluluskan. Antaranya ialah hak menikmati faedah bersalin bagi ibu yang telah berkahwin saja. Walaupun  usul jua dibuat oleh Alexandra Kollontai  dari Rusia agar ibu yang tidak berkahwin jua berhak menuntut faedah bersalin. Namun, ia gagal menerima sokongan akhirnya.

Selain itu, usul jua diluluskan yang berkaitan dengan penentangan kepada aktiviti kerja malam kerana ia akan merosakkan kesihatan kaum perempuan yang bekerja. Walaubagaimanapun, usul ini pernah dibantahkan oleh perwakilan  pekerja perempuan dari  negara Swedish dan Danish. Mereka membantah kerana kerja malam adalah aktiviti asas dan penting untuk sara hidup mereka.

Hari Perempuan Sedunia Pertama

Hari   Perempuan Sedunia yang pertama kali telah disambut  pada 19 Mac 1911 di negara German, Austria,  Denmark dan negara Eropah yang lain. Tarikh ini telah dipilih oleh kaum perempuan German kerana pada thahun 1948, Raja Prussian ditumbang oleh massa yang bangkit melawannya. Raja ini telah banyak membuat pelbagai janji reformasi, termasuklah satu janji yang belum dipenuhinya, iaitu, memberikan kaum perempuan hak mengundi. Satu million risalah telah disebarkan di seluruh German sebelum hari 19 Mac. Risalah ini menyeru semua bangun dan bertindak untuk  menuntut hak mengundi.

Antara aksi-aksi sedunia ini, peristiwa yang paling dikenangi adalah persitiwa  IWD yang dijalankan di Petrograd (sekarang St Petersburg) pada Mac  tahun 1917. Walaupun pekerja perempuan tekstil telah diberi amaran agar tidak menyertai mogok IWD dan malah dikurung di dalam kilang mereka. Namun, semua pekerja perempuan ini tetap  berjaya turun dan membanjiri  jalanraya pada hari IWD 7 Mac.

Semua isteri, anak perempuan dan jua ibu kepada askar-askar  yang selama ini ditindas serta jua  pekerja seks yang jua ditindas turut membangkit pada hari tersebut. Mereka dengan berani dan marahnya telah menuntut segala penghinaan dan kesengsaraan  jua kelaparan yang mereka alami sejak tiga tahun lepas harus diakhiri dan dihapuskan sekali.

Dengan kekuatan perhimpunan dan jua semangat ghairah mereka telah merebak ke seluruh kota dan berjaya membentuk satu mogok dan demontrasi politik  yang berlangsung berturut-turut beberapa hari lamanya.  Akhirnya kuasa regim autokratik Tzar telah ditumbangkan dengan adanya aksi politik semua  perempuan yang bertegas dalam aksi massa.

(Sumber: Pekerja Buatan Makanan Asia, Vol 30, No 3: Diubahsuai dari bahan penulisan asal yang disunting oleh Joyce Sevens dan pernah diterbitkan di www.isis.aust.com/iwd/stevens/contents.htm)

 

Top        Home

Copyright 2001
Laman Web AbZad
Lot 1367 Kg. Tal Tujuh,
17030 Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
E-mail : hambaallah00@hotmail.com