Kampungku

Home Biodata Keluarga Kampungku

 

 

Kampung saya terletak di antara bandar  Kota Bharu dan bandar Pasir Mas. 15 KM dari Kota Bharu, manakala 6 KM dari Pasir Mas. Keluasan Kampung Tal Tujuh ialah 2 km2 yang mana terdapat seramai lebih kurang 500 orang penduduk. Antara jiran kampung ini termasuklah Kg. Hutan Pasir, Kg. Serdang, Kg. Atas Pinggir. Kg Tal 7 adalah merupakan kampung yang popular berbanding dengan kampung yang berdekatan dengannya. Ini kerana Kampung Tal 7 berada di kawasan mainroad antara Kota Bharu dan Pasir Mas. Tambahan pula, terdapat sebuah masjid yang menjadi tumpuan masyarakat kampung sekitar untuk menunaikan solat jumaat. Masjid tersebut di kenali sebagai Masjid Mukim Sakar. Di Kg Tal 7 juga terdapat kilang mee yang popular di sekitar Kelantan iaitu mee Ehsan yang mana diusahakan oleh orang2 dakwah. Selain itu juga di Kg Tal 7 wujudnya pelbagai perusahaan makanan kering yang kebanyakkannya dieksport sama ada di sekitar negeri Kelantan, mahupun ke negeri2 lain di Malaysia. 

 

 

Kampungku yang damai dan permai. Cintailah kampung kita.