Pelancaran kelab siber di Kota Bharu 2 Febuari

Pelajar dan Remaja Islam dijemput menyertai kelab siber anjuran perpustakaan Dar Nur al-Zahra’ yang akan dilancarkan 2 Febuari depan.

Pegawai Pengelola perpustakaan berkenaan, Encik Mohamed Zainal Abidin Hussin berkata penyertaan adalah terbuka kepda semua peringkat umur walaupun tumpuan adalah kepada para pelajar sekolah dan IPT.

Majlis pelancaran menurut beliau akan diadakan di dewan seminar perpustakaan itu mulai jam 2.30 petang dimana satu demonstrasi dan taklimat akan disampaikan oleh para pengendali kelab tersebut.

"Selepas demonstrasi semua peserta akan didaftarkan secara on-line di makmal komputer pusat ini," kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau penyertaan dalam kelab ini akan memberi pelbagai manfaat.

"Ahli kelab akan menikmati khidmat perpustakaan on-line, komunikasi maya, pembelajaran interaktif dan hadiah istimewa untuk karya mingguan, bulanan dan tahunan," katanya.

Beliau menyeru orang ramai terutama ibu bapa supaya mengambil peluang ini untuk membawa anak masing-masing menyertai kelab siber berkenaan.

"Teknologi ICT yang sedang berkembang pesat perlukan panduan untuk mendapat manfaat maksima dan mengelakkan penyalahgunaan.

"Kita yakin dengan penyertaan melalui kelab-kelab seperti ini akan membolehkan anak-anak kita yang bakal mewarisi generasi depan mendapat manfaat dari perkembangan teknologi maklumat dan komikasi," jelas beliau.