Berita Januari

 

 

Kota Bharu

Aidilfitri : Kediaman MB Tumpuan Rakyat Pelbagai Kaum.
Rakyat dari pelbagai peringkat dan keturunan mengunjungi rumah terbuka Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri, 1 Syawal lepas.

Kota Bharu

Hotel Perdana, The Store Rai Anak Yatim.
Seramai 61 anak yatim diraikan pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Hotel
Perdana dan pasaraya The Store Sdn. Bhd. menjelang hari lebaran, baru-baru ini.

Kota Bharu

Sekolah Tahfiz Semakin Pesat di Kelantan.
Perkembangan sekolah tahfiz al-Quran di negeri ini semakin pesat sekarang, kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kota Bharu Sambutan Raya Bersama Belia Capai Matlamat
Program Sambutan Hari Raya Bersama Belia anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, baru-baru ini mencapai sasarannya apabila mendapat sambutan hangat di kalangan belia.
Kota Bharu 850 Pesakit Terima Hadiah Raya.
Seramai 850 pesakit yang dirawat di Hospital Kota Bharu dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian bernasib baik apabila mereka menerima hadiah sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Kota Bharu Timbalan Ketua Polis Negara Akui Kelantan Selamat.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari mengakui negeri ini berada dalam keadaan baik dan selamat.
Kota Bharu PMR : Pelajar YIK Lebih Cemerlang.
Pelajar-pelajar sekolah agama di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menduduki PMR tahun lalu membuktikan kecemerlangan berbanding pelajar di sekolah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Jeli

Mangsa Kebakaran Terima Bantuan Serambi Mekah
Mangsa kebakaran di Kampung Sungai Renyut dekat sini, baru-baru ini menerima bantuan segera daripada kerajaan negeri melalui Tabung Serambi Mekah.

Gua Musang MB temui mangsa banjir di Gua Musang
Menteri Besar dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri hari ini melawat tempat-tempat yang dilanda banjir di sini, baru-baru ini.
Kota Bharu Hotel Perdana dan Perdana Resort digabungkan
Hotel Perdana dan Perdana Resort yang merupakan rangkaian hotel milik kerajaan negeri memperkenalkan pendekatan baruapabila kedua-duanya digabungkan mulai 1 Januari lalu.
Gua Musang Hujan lebat punca banjir di Gua Musang
Hujan lebat di kawasan pedalaman jajahan ini iaitu di Aring dan Gunung Gagau dikesan menjadi faktur utama menyebabkan berlaku banjir, akhir Disember lalu.
Kota Bharu Pangsapuri: Kota Bharu bakal berubah wajah
Ibu negeri Kelantan bakal berubah wajah sedikit masa lagi apabila beberapa projek pembinaan kompleks perniagaan dan pangsapuri siap tidak lama lagi.
Kota Bharu Setiap DUN perlu laksana projek 'jelapang makanan'
Kerajaan negeri akan memastikan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan mempunyai projek induk yang berteraskan 'jelapang makanan.'
Kota Bharu KPW Kelantan catat hasil RM7.8 juta
Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan telah mencatat peningkatan hasil kepada RM7,852,680.24 sepanjang tahun lalu iaitu sejak bulan Januari hingga November berbanding RM7,242,155.84 tempoh yang sama tahun lalu.
Kota Bharu Pelancaran kelab siber di Kota Bharu 2 Febuari
Pelajar dan Remaja Islam dijemput menyertai kelab siber anjuran perpustakaan Dar Nur al-Zahra’ yang akan dilancarkan 2 Febuari depan.