Keluarga

Home Biodata Keluarga Kampungku

 

Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan tidaklah ternama. Walaubagaimanapun, datuk sebelah ayah saya adalah seorang yang amat dihormati. Dikatakan datuk saya adalah seorang yang alim dan pernah membuka pondok dalam kawasan Kg. Tal 7 yang mana kini sudah tiada lagi kerana tidak ada yang menyambung usaha tersebut (Kini, tinggal sebuah masjid yang dinamakan Masjid Hj. Abdullah Kg Tal Tujuh). Tambahan pula anak murid beliau sudah berhijrah ke tempat lain. Walau bagaimanapun, masjid yang dulunya menjadi tempat pengajian kitab masih lagi tersergam indah. Semenjak kematian beliau, banyak kitab-kitab lama telah hilang. Entah kemana perginya. Namun, masih kedapatan kitab-kitab (tulisan tangan) yang berada dalam simpanan ayah saya. Paling menarik ialah berkenaan dengan al-Quran kecil yang saya yakin bahawa ia adalah antara yang terkecil di dunia. Sebelum ini al-Quran tersebut pernah dipamerkan kepada Sultan Kelantan sewaktu lawatannya ke Machang. Itu adalah inisiatif tok Qadhi Machang yang juga merupakan sahabat ayah saya. Beliau begitu tertarik dan cuba untuk mempamerkannya. Pada mulanya saya sekeluarga khuatir takut-takut akan diambil oleh pihak Muzium. Akan tetapi atas jaminan Tok Qadhi, ayah saya bersetuju untuk mempamerkannya.

Di bawah adalah ahli keluarga saya.

 
1 Datuk dari sebelah emak Jusoh
2 Nenek dari sebelah emak Halimah
3 Bapa saudara dari sebelah ibu Ramli dan Rohadi 
4 Emak saudara dari sebelah ibu Hasnah
5 Datuk dari sebelah ayah Abdullah
6 Nenek dari sebelah ayah Halimah
7 Bapa saudara dari sebelah ayah Mohd. Ghazali
8 Emak saudara dari sebelah ayah Siti Rahmah
9 Ayah Abdul Halim
10 Ibu Mariah
11 Adik-beradik   

Muhd. Radhuan (Abang)

Muhd. Rahimi (Adik)

 

12 Kakak Ipar  

Rosni Eliana