Kerajaan tidak pernah tolak permohonan NEP

 

Dewan Undangan Negeri diberitahu bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah menolak permohonan dari North East Plantation (NEP) untuk membangunkan projek perladangan bersepadu iaitu sawit dan penternakan. Oleh kerana itu masalah meluluskan semula itu tidak berbangkit sama sekali.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Dato’ Haji Mustafa Ali bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik Dato’ Haji Abu Bakar Ali. ADUN itu ingin tahu mengapa Kerajaan Negeri Terengganu yang sebelum ini menolak permohonan (NEP) untuk membangunkan ladang kelapa sawit seluas 4,000 hektar di Hutan Simpan Bukit Besi tetapi diluluskan semula permohonan tersebut.

ADUN Kemasik juga ingin penjelasan sama ada betul atau tidak sebahagian daripada tanah yang diluluskan kepada NEP sebelum ini telahpun diluluskan kepada pihak KETENGAH. Dato’ Haji Mustafa menjelaskan itu tidak benar tetapi yang benar ialah ada sedikit tanah diluluskan kepada KETENGAH dan itupun telah dicerobohi oleh KETENGAH.