PENGKHIANATAN PIHAK-PIHAK BERKUASA ARAB DAN KAUM MUSLIMIN TERHADAP PERMASALAHAN PALESTIN DAN RAKYATNYA

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Mengubat penyakit lebih baik dari mengubat simptom...

Hampir sejak lapan bulan pihak Yahudi meneruskan serangan mereka setiap hari ke atas kaum Muslimin di Palestin. Sekalipun penduduk Palestin menjerit dan setiap hari secara berulang-ulang mereka meminta kepada saudara mereka di luar (Palestin), tetapi malangnya tidak seorang pun pihak berkuasa Arab dan kaum Muslimin tergerak untuk menolong mereka. Seakan-akan pihak berkuasa itu berada di alam kubur:

Mungkin (panggilan):

"Wahai Mu'tasim." telah bermula, Memenuhi mulut-mulut para budak yatim; Ia telah menyentuh pendengaran mereka, tetapi ia Tidak menyentuh maruah al-Mu'tasim.

(nota: Khalifah Mu'tasim pernah menyerang Rom, apabila tentera Rom mempermainkan seorang perempuan Muslim.)

Pada hari-hari terakhir ini pihak Yahudi telah menggunakan senjata yang lebih merosakkan dan menghancurkan, sebaliknya pihak-pihak berkuasa itu semakin bertambah hina dan pengecut. Musuh Allah, Sharon, sedang mabuk penyeksaan dalam mempersendakan Gaza, Nablus, Thulkaram dan Ramallah, sehingga sanggup menghancurkan rumah-rumah juga penghuninya, sementara pihak-pihak berkuasa itu terus melakukan konspirasi jahat terhadap permasalahan UTAMA umat ini demi berkhidmat kepada tuan-tuan mereka, iaitu negara-negara kafir, serta tamak mendapatkan keredaan pihak Yahudi.

Pada hari Sabtu, 18/05/2001 apa yang mereka namakan Suruhanjaya Pengawasan Arab telah berkumpul di Kaherah, keputusannya justeru menambah kehinaan dan merupakan usaha yang disengajakan untuk menipu dan menyesatkan rakyat, sehingga ia justeru lebih buruk dibandingkan jika sekiranya tidak pernah ada pertemuan tersebut. Antara keputusannya adalah: "Menghentikan semua bentuk hubungan politik negara-negara Arab." Dengan entiti Yahudi (kecuali kedutaan) "Sepanjang ia meneruskan permusuhan dan tekanan ke atas penduduk Palestin.." Suruhanjaya tersebut juga menetapkan: "Menuntut semua negara berkenaan untuk melakukan pemulauan terhadap sebarang barang keluaran penduduknya." Ertinya, Suruhanjaya Pengawasan tersebut telah menetapkan penentangan terhadap jet-jet pembunuh dan pemusnah AF-16, jet-jet Albachy dan senjata-senjata canggih Amerika yang lainnya, di mana ia menetapkan penentangan terhadap semuanya tadi dengan menghentikan hubungan politik, dan bukannya semua hubungan, serta memulaukan barang keluaran penduduknya, dan bukan penduduk entiti Yahudi, sebagai ganti pengambilan keputusan untuk mengisytiharkan jihad dan menggerakkan pasukan tentera agar menghancurkan entiti Yahudi dan mencabutnya dari akar umbi.

Ia merupakan lawak terbesar yang diterajui oleh pihak-pihak berkuasa Arab dalam mengkhianati umat dan menipu serta menyesatkan rakyat. Ia merupakan sikap yang tersangat pengecut, khianat dan hina. Antara keputusan tersebut adalah: "Menuntut Majlis Keselamatan atau Perhimpunan Umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengadakan pertemuan segera dalam rangka membincangkan keadaan kritikal yang berpunca dari peningkatan pihak Israel secara berterusan untuk menyerang penduduk Palestin, serta menyeru kepada pemeliharaan keamanan antarabangsa untuk penduduk awam Palestin di tanah-tanah yang dicerobohi tersebut." Keputusan ini, dengan ayat dan hurufnya, merupakan keputusan yang telah diputuskan oleh Persidangan Kemuncak Arab yang diadakan di Kaherah pada bulan Oktober 2000M, serta Persidangan Kemuncak Arab yang diadakan di Amman pada bulan Februari tahun ini. Dalam menuntut perlindungan ini, mereka jelas sekali telah mengetepikan nilai-nilai Islam, kemuliaan, kebesaran jiwa, maruah dan rasa malu. Mereka bertindak seperti orang yang lemah akalnya yang meminta perlindungan kepada pengurus urusannya.

Walhal pihak-pihak berkuasa Arab itu dengan jelas mengetahui, bahawa keputusan-keputusan ini merupakan pengkhianatan dan penghinaan yang nyata terhadap hak saudara mereka di Palestin, serta mencabar dan takut terhadap perasaan rakyat mereka yang terbakar untuk menolongnya. Mereka juga mengetahui, bahawa melindungi penduduk Palestin tidak mungkin dengan perlindungan musuh-musuh mereka, iaitu negara-negara kufur yang diterajui oleh Amerika yang telah melepaskan tangan Sharon untuk membunuh dan mendera mereka. Sekalipun demikian, Suruhanjaya yang dicetuskan dari Persidangan Kemuncak Arab ini tetap sahaja mengeluarkan keputusan-keputusan khianat yang memalukan ini, yang dipertontonkan oleh pihak-pihak berkuasa Arab tersebut kepada rakyat mereka. Jika ini merupakan hakikat keputusannya, lalu apa sebenarnya matlamat mengisytiharkan keputusan-keputusan yang sama berulang-ulang pada masa yang menuntut tindakan yang nyata, bukan kata-kata untuk melindungi penduduk Palestin? Bukankah ini telah pun cukup untuk menjelaskan sejauh mana natijah yang telah berjaya dicapai oleh pihak berkuasa itu dalam pengkhianatan, penipuan dan penyesatan mereka terhadap umat ini? Hampir tiada hari berlalu kecuali setiap orang akan melihat dengan kedua matanya pelbagai kejadian yang membuktikan pengkhianatan pihak-pihak berkuasa tersebut terhadap permasalahan vital umat ini, yang menuntut agar mereka dibuang dan dimusnahkan untuk menenteramkan umat daripada keburukan mereka. Merekalah punca bala yang digunakan sebagai topeng kaum kufar, musuh Allah.

Wajib tiada lagi kesamaran bagi kaum Muslimin, bahawa sempadan yang diciptakan antara kaum Muslimin adalah ditetapkan oleh kaum kuffar agar memotong-motong hubungan umat Islam. Sempadan-sempadan ini tidak boleh menjadi penghalang antara mereka dengan saudara mereka di Palestin dan dengan yang lain, apabila mereka menghadapi perlawanan pihak Yahudi dan Amerika. Kehinaan, kebaculan dan kelemahan pihak berkuasa itu bukan disebabkan oleh sedikitnya harta benda dan orang, ataupun kerana kurangnya persenjataan dan bekalan, kerana kemampuan kaum Muslimin dan tentera mereka mampu untuk melibas entiti Yahudi yang pengecut itu, serta berkemampuan untuk melawan musuh Amerika yang menggunakan baju Yahudi, tetapi malangnya pihak berkuasa itu mengikuti negara-negara kafir bagaikan hamba yang mengikuti telunjuk tuannya, dan mereka tamak pada kekuasaan yang telah mereka rampas dari tangan umat dengan bantuan negara-negara yang menjadikan mereka sebagai penjaga kepentingan kaum kufar dan entiti Yahudi ini.

Rakyat-rakyat negeri Islam adalah umat yang satu, sabda Nabi saw.

"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam kasih sayang, sayang-meyangi serta belas kasihan mereka (antara satu dengan yang lain) adalah seumpama tubuh; Jika salah satu anggotanya mengeluh kesakitan, maka ia akan memanggil-manggil anggota badan yang lain dengan terjaga dan panas."

Sabda Nabi s.a.w.:

"Orang-orang mukmin seperti seorang manusia, jika kepalanya mengeluh (kesakitan), maka ia akan memanggil-manggil anggota badan yang lain dengan panas dan terjaga."

Kekayaan umat ini sangat melimpah, tentera mereka pun sangat kuat dan banyak yang dipenuhi dengan para jeneral yang ikhlas dan berkemampuan untuk menyelamatkan umat dari cengkeraman negara-negara kafir dan musuh Yahudi. Oleh itu, para jeneral tersebut wajib membuang para pengkhianat dan memecah sempadan buatan yang digunakan oleh kaum kuffar dan talibarut-talibarut mereka untuk mempertahankannya. Tidak samar lagi bagi sesiapa sahaja, bahawa penduduk Palestin sahaja tidak mampu untuk melawan musuh Yahudi dan Amerika, sesuatu yang menuntut tentera ini untuk bergerak merobohkan istana-istana pihak berkuasa pengkhianat yang menghalangi untuk menolong mereka, serta menuntut bergerak untuk melibas entiti Yahudi dari akar umbinya, dan berdepan dengan musuh Amerika yang berbaju Yahudi yang menjadi musuh umat. Allah SWT. berfirman:

"Dan perangilah di jalan Allah, orang-orang yang memerangi kamu." (Q.s. al-Baqarah [02]: 190).

"Dan perangilah mereka seperti mana mereka menghancurkan kamu, dan usirlah mereka seperti mana mereka mengusir kamu." (Q.s. al-Baqarah [02]: 191).

"Perangilah mereka, maka Allah akan menghancurkan mereka dengan tangan-tangan kamu, dan menghinakan mereka serta menolong kamu atas mereka, serta menyembuhkan hati-hati kaum mukminin." (Q.s. at-Taubah [09]: 14).

"Sesiapa sahaja yang memerangi kamu, maka perangilah dia sepertimana dia memerangi kamu." (Q.s. al-Baqarah [02]: 194).

Musuh Allah, Sharon, tidak akan terdorong untuk menyerang Palestin, Lebanon dan Syiria, kecuali setelah dia berpuas hati dengan kehinaan dan kebaculan pihak berkuasa Arab dan kaum Muslimin yang nampak dalam sikap mereka secara peribadi mahupun berkumpulan dalam Persidangan Kemuncak yang mereka laksanakan di Kaheran, Oman dan Doha, serta setelah berpuas hati dengan sokongan kuat dan terang-terangan Amerika yang diambil oleh Presiden Amerika, George W. Bush, dan para pucuk pimpinan pemerintahannya dalam kunjungan Sharon kepada mereka pada tarikh 20/03/2001. Sesungguhnya Amerika, ketua kepada kekufuran, musuh Islam dan kaum Muslimin yang berusaha memaksakan cengkeramannya terhadap dunia Islam, merompak kekayaannya dan yang mengambil sikap bermusuhan secara agresif terhadap umat Islam dengan bergabung bersama Yahudi serta menyokongnya dengan tidak berbelah bagi. Dialah yang menjadi musuh sebenar kaum Muslimin, sehingga kaum Muslimin wajib mengambil sikap bermusuhan sebagai asas dalam berhubungan dengannya. Misalnya, tidak dibenarkan menjalin hubungan diplomatik dengannya, sepertimana tidak dibenarkan merujuk kepadanya dalam menyelesaikan permasalahan kita, serta syarikat-syarikat mereka tidak dibenarkan untuk beroperasi di negeri kita, dan campur tangan dalam mana-mana urusan kita mahupun sebarang permasalahan kita, begitu juga para delegasi mereka tidak boleh diterima, sepertimana tidak dibenarkan tetap bermaharajalela di wilayah Teluk dan menguasai kekayaannya, serta tidak dibenarkan mempunyai sebarang kedudukan ataupun cengkeraman di negeri kaum Muslimin. Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya saudara-saudara kamu di Palestin sedang memangil kamu, dan kamu pun terbakar untuk menolong mereka, tetapi pihak berkuasa pengkhianat itu menghalang-halangi kamu untuk menolong mereka, atau melaksanakan kewajipan yang difardukan oleh Allah kepada kamu agar berjihad dan mencabut bisul Yahudi. Sampai bila bersabar dengan para pengkhianat itu? Sampai bila mereka akan terus cuai terhadap kesesatan mereka tanpa kewujudan pemimpin yang memimpin mereka? Sekarang telah tiba masa bagi tentera Islam yang tidak boleh dikalahkan itu untuk kembali menang semula dan memulakan kemenangannya yang agung, mematahkan pelbagai belenggu dan membangkang terhadap perintah para taghut, melenyapkan mereka serta mengibarkan bendera Khilafah, membebaskan umat serta menggoncang tanah yang menjadi pijakan kaum kuffar, serta mengembalikan kemuliaan dan kehormatan umat.

"Sesungguhnya Kami akan menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang beriman dalam kehidupan dunia ini, dan pada hari bangkitnya saksi-saksi (Hari Kiamat." (Q.s. Ghafir [40]: 51).



Top            Home

Copyright 2001
Laman Web AbZad
Lot 1367 Kg. Tal Tujuh,
17030 Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
E-mail : hambaallah00@hotmail.com