Sejarah Hadiah Nobel
HADIAH Nobel diperolehi bersempena nama Alfred Nobel yang
merupakan seorang pencipta, ahli perniagaan dan ahli industri dari Stockholm
yang dilahirkan pada 1833.
Alfred Nobel mempunyai empayar industri di Hamburg, German meliputi 20 buah
negara dunia. Beliau mencipta rekaan sendiri dan mendapatkan paten untuk 400
ciptaan yang kebanyakannya melibatkan penggunaan nitro-glycerin bagi kegunaan
peperangan dan orang awam.
Alfred Nobel sendiri pernah
dianugerahkan salah satu hadiah utama pada 1868 sebagai menghargai sumbangannya
dalam dunia penciptaan. Beliau telah dipilih menjadi ahli bersekutu Royal
Swedish Academy of Sciences pada 1884.
Kini akademi yang ditubuhkan pada 1739 itu bertanggungjawab mencari penerima
Hadiah Nobel bagi kategori fizik dan kimia diasaskan pada 1739.
Kerjasama dengan akademi tersebut banyak mempengaruhi Alfred Nobel ketika
membuat wasiatnya dengan memperuntukkan sebahagian besar wangnya untuk membiayai
tabung Hadiah Nobel. Wasiat Alfred Nobel dibuat pada November 1895, setahun
sebelum kematiannya.
Tujuan Alfred Nobel menyediakan wasiat tersebut untuk menggalakkan budaya
penciptaan di kalangan saintis muda tanpa perlu risau mengenai sumber kewangan.
Bagaimananya, hadiah itu akhirnya bertukar menjadi hadiah suatu yang sungguh
berprestij.
Ini kerana daripada peringkat awal lagi, hadiah tersebut dianugerahkan kepada
saintis terkemuka dunia dan kebanyakan mereka sudah mempunyai nama dan
pengalaman.
Wasiat Alfred Nobel
memperuntukkan lima bidang dalam pemberian hadiah tersebut iaitu fizik, kimia,
fisiologi/perubatan, kesusasteraan dan keamanan. Hadiah keenam iaitu ekonomi
diwujudkan sebagai memperingati beliau dan telah diinstitusikan melalui
sumbangan Swedish State Bank sempena ulang tahun ke-100 pada tahun 1969.
Sepanjang abad terdahulu, terdapat 469 penerima Hadiah Nobel dalam bidang fizik,
kimia, fisiologi/perubatan.
Amerika Syarikat menjadi penerima majoriti dengan 40 peratus daripada
keseluruhan penerima daripada negara tersebut.
Bagaimanapun sebelum
Perang Dunia Kedua, German dan Great Britain mendominasi senarai penerima.
Tetapi sejak 50 tahun kebelakangan ini, 70 peratus hadiah dalam bidang sains
tulen diterima oleh Amerika Syarikat terutamanya California.
Copyright
2001 Laman Web AbZad Lot 1367 Kg. Tal Tujuh, 17030 Tendong, Pasir Mas, Kelantan. E-mail : hambaallah00@hotmail.com |