ASAL
USUL HARI PEREMPUAN SEDUNIA
Hari Perempuan Sedunia dilahiri pada ketika zaman yang penuh bergelora
dengan krisis dan pergolakan sosial yang besar. Kelahiran pada waktu ini
telah membentuk budaya Hari Perempuan Sedunia ini dipenuhi dengan tradisi protes
dan jua aktivisme politik.
Sebelum tahun 1910 iaitu pada awal kurun 20, ramai perempuan di negara
industri membangun telah bermula bekerja gaji. Tetapi, pekerjaan ketika
itu masih dikategorikan mengikut gender. Majoriti kaum perempuan bekerja hanya
di industri tekstil, perkilangan dan perkhidmatan domestik. Keadaan berkerja dan
gaji amat teruk sekali dan tertindas.Pada masa yang sama, penubunhan kesatuan
sekerja jua mula berkembang dan pertikaian industri jua banyak berlaku,
termasuk jua pekerja perempuan yang tidak berkesatuan jua turut
mengadakan aksi industri.
Pelbagai perubahan telah berlaku di sekitar kehidupan kaum perempuan sehingga
mereka mengambil tindakan untuk memecahkan kongkongan politik terhadap kaum
perempuan. Merata-rata kaum perempuan dari semua strata sosial di
negara Eropah, Britain, Amerika dan jua termasuk segilintir dari Australia
bermula dengan kempen bagi hak perempuan untuk berundi.
Di Amerika Syarikat pula, perempuan dari kesatuan sekerja dan jua perempuan dari
latarbelakang professional yang bersikap liberal telah bersama melakukan kempen
agar perempuan diberikan hak untuk mengundi. Mereka jua berjaya menubuh
Persatuan Kesatuan Sekerja Perempuan (WomenĄŻs Trade Union League: WTUL)
yang membantu susunatur kaum perempuan yang bekerja untuk menuntut hak
kebajikan konomi dan politik mereka. Ini adalah saat yang paling pahit dan muram
bagi banyak kaum perempuan. Ini adalah kerana ramai di antara mereka
terpaksa berhidup dalam situasi kerja yang amat buruk , menindas serta jua
situasi rumahtangga yang penuh dengan kemiskinan dan keganasan.
Pada tahun 1908, iaitu hari Ahad terakhir pada bulan Februari, kaum perempuan
sosialis di Amerika Syarikat telah menginisiatif perhimpuan kaum perempunan yang
pertama.
Pada Hari Perempuan yang pertama ini, ramai berkumpul dan menuntut hak mengundi,
ekonomi dan politik bagi kaum perempuan. Pada tahun seterusnya, 2,000
orang perempuan telah menghadiri perhimpunan Hari Perempuan di Manhattan.
Pada tahun 1909, pekerja perempuan buatan baju telah melancarkan mogok
umum. Seramai 20- 30,000 orang pekerja perempuan buatan baju telah
melancarkan mogok selama 13 munggu ketika musim salji yang sejuk. Mereka
menuntut gaji dan keadaan berkerja yang lebih baik. Persatuan Kesatuan Sekerja
Perempuan (WTUL) telah menyalurkan sokongan dengan membantu untuk mencari
duit jaminan bagi pekerja yang ditahan ketika bermogok. Selain itu,
sejumlah wang yang besar dikumpulkan bagi tabung mogok pekerja.
Pada tahun 1910, Hari Perempuan telah disussunatur oleh semua kaum sosialis dan
feminis di seluruh negara. Pada tahun kemudian, mereka telah menghantar banyak
wakil untuk menyertai Seminar Antarabangsa Perempuan Sosialis di Copenhagen.
Perwakilan ini menghadir pesidangan ini dengan tujuan untuk mengusulkan bahawa
Hari Permpuan dijadikan satu peristiwa internasional. Sejak itulah, budaya
solidaritas internasional telah terbentuk menjadi satu persefahaman umum
kaum pekerja perempuan yang tertindas. Solidaritas Internasional adalah prinsip
sosialis yang penting, walaupun ia sering digunakan tanpa diketahui
prinsip tersebut. Justeru itu, ide penyusunan perempuan dan
menyususn perempuan sebagai sasaran tunggal secara politik adalah satu isu
kontroversi.
Ia merupakan topik kontroversi, khasnya di dalam gerakan buruh sendiri.
Clara Zetkin, seorang aktivis terkenal di dalam gerakan sosialis demokrasi
dan jua amat tersentuh dengan aksi mogok pekerja perempuan di Amerika Syarikat
telah membuat usul penting dalam persidangan ini. Beliau telah
menyampaikan satu cadangan bahawa semua kaum perempuan di seluruh dunia
seharusnya memilih satu hari untuk membuat tuntutan mereka pada setiap tahun.
Persidangan yang dihadiri hampir 1,000 lebih orang perempuan dari 17 buah
negara , mereka adalah perwakilan dari kesatuan sekerja, parti sosialis, kelab
perempuan yang bekerja dan jua termasuklah tiga orang wakil rakyat yang baru
terpilih di parlimen Finnish. Mereka semuanya menyambut baik sekali kepada
cadangan tersebut. Dengan ini, terbentuklah Hari Perempuan SeDunia yang
telah dipsersetujui semua di Persidangan Copenhagen.
Persidangan ini juga menegaskan bahawa peri pentingnya hak mengundi bagi
kaum perempuan. Ia membantah sistem mengundi yang beasaskan hak hartabenda
seseorang serta jua hak universal tanpa kira jantina, semua kaum lelaki dan
perempuan dewasa berhak mengundi.
Dalam persidangan ini, beberapa usul jua telah diluluskan. Antaranya ialah hak
menikmati faedah bersalin bagi ibu yang telah berkahwin saja. Walaupun
usul jua dibuat oleh Alexandra Kollontai dari Rusia agar ibu yang tidak
berkahwin jua berhak menuntut faedah bersalin. Namun, ia gagal menerima sokongan
akhirnya.
Selain itu, usul jua diluluskan yang berkaitan dengan penentangan kepada
aktiviti kerja malam kerana ia akan merosakkan kesihatan kaum perempuan yang
bekerja. Walaubagaimanapun, usul ini pernah dibantahkan oleh perwakilan
pekerja perempuan dari negara Swedish dan Danish. Mereka membantah kerana
kerja malam adalah aktiviti asas dan penting untuk sara hidup mereka.
Hari Perempuan Sedunia Pertama
Hari Perempuan Sedunia yang pertama kali telah disambut pada
19 Mac 1911 di negara German, Austria, Denmark dan negara Eropah yang
lain. Tarikh ini telah dipilih oleh kaum perempuan German kerana pada thahun
1948, Raja Prussian ditumbang oleh massa yang bangkit melawannya. Raja ini telah
banyak membuat pelbagai janji reformasi, termasuklah satu janji yang belum
dipenuhinya, iaitu, memberikan kaum perempuan hak mengundi. Satu million risalah
telah disebarkan di seluruh German sebelum hari 19 Mac. Risalah ini menyeru
semua bangun dan bertindak untuk menuntut hak mengundi.
Antara aksi-aksi sedunia ini, peristiwa yang paling dikenangi adalah persitiwa
IWD yang dijalankan di Petrograd (sekarang St Petersburg) pada Mac tahun
1917. Walaupun pekerja perempuan tekstil telah diberi amaran agar tidak
menyertai mogok IWD dan malah dikurung di dalam kilang mereka. Namun, semua
pekerja perempuan ini tetap berjaya turun dan membanjiri jalanraya
pada hari IWD 7 Mac.
Semua isteri, anak perempuan dan jua ibu kepada askar-askar yang selama
ini ditindas serta jua pekerja seks yang jua ditindas turut membangkit
pada hari tersebut. Mereka dengan berani dan marahnya telah menuntut segala
penghinaan dan kesengsaraan jua kelaparan yang mereka alami sejak tiga
tahun lepas harus diakhiri dan dihapuskan sekali.
Dengan kekuatan perhimpunan dan jua semangat ghairah mereka telah merebak ke
seluruh kota dan berjaya membentuk satu mogok dan demontrasi politik yang
berlangsung berturut-turut beberapa hari lamanya. Akhirnya kuasa regim
autokratik Tzar telah ditumbangkan dengan adanya aksi politik semua
perempuan yang bertegas dalam aksi massa.
(Sumber: Pekerja Buatan Makanan Asia, Vol 30, No 3: Diubahsuai dari bahan
penulisan asal yang disunting oleh Joyce Sevens dan pernah diterbitkan di
www.isis.aust.com/iwd/stevens/contents.htm)
Copyright
2001 Laman Web AbZad Lot 1367 Kg. Tal Tujuh, 17030 Tendong, Pasir Mas, Kelantan. E-mail : hambaallah00@hotmail.com |