Assalamualaikum seme

Nie aku nak bagi sikit maklumat .. yg aku sendiri cari dan yg aku dapat dari JAKIM sendiri.

perkara nie ditimbulkan dalam e-group kite nie pada awal bulan februari.. so aku tak berapa puas hati dengan jawapan yg diberikan.. oleh salah sorang kawan kite yg ade contact ngan KFCH.... aku tak nak dengar satu site je punye explanation... so aku pi tanye the other site.. JAKIM ..

kat bawah nie aku ade .. paste kan sebahagian email yang aku bagi kat JAKIM..

Saya dapati KFC tidak lagi menggunakan Logo Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Akan tetapi telah digantikan dengan Logo Halal Syariah Advisory Council of KFCH yang sekali pandang seakan-akan Logo Halal JAKIM. Ini amat mengelirukan.

Daripada maklumat yang saya perolehi di laman web JAKIM di http://www.islam.gov.my "JAKIM tidak pernah merestui penubuhan Syarikat Halalan Toyyiba atau syarikat-syarikat lain bagi menjalankan tugas-tugas pengesahan halal baik di negara ini dan juga di luar negara. Halalan Toyyiba atau mana-mana badan NGO atau syarikat tidak pernah diberi kebenaran oleh JAKIM untuk mengeluarkan logo halal bagi pihak JAKIM atau Kerajaan." Saya berasa ragu-ragu mengenai hal ini. Adakah JAKIM telah memberi otoriti kepada KFC Holding untuk mengeluarkan sendiri sijil Halal untuk rangkaian restoran di bawah KFC Holding iaitu KFC, Pizza Hut, Rasa Gourmet, Bakers Street dan TasteBuds?

Daripada maklumat yang juga saya perolehi di laman web JAKIM, Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM kepada restoran KFC telah melewati tarikh lupus iaitu pada 1/1/2000 dan status TIDAK SAH. Ada premis di bawah KFC Holding masih menggunakan logo Halal JAKIM iaitu Pizza Hut di Taman Inderawasih, Prai, Pulau Pinang.

Akan tetapi daripada laman web KFC di http://www.kfc.com.my/main.htm KFCH dengan bangganya menyatakan:

"As a result, KFCH chained restaurants are not only recognised as Halal by JAKIM, but also by the strict Syariah Council of KFCH.

The KFCH restaurants now display the Syariah Council logo at their premises to emphasise its Halal Guarantee.

The double Halal Certification on all our products issued by JAKIM and Syariah Council of KFCH assures and guarantees customers of our perfectly Halal (Halalan Taiyiba) products. For any clarification and information please contact: 03-206 3388 ext. 511/510". http://www.kfcholdings.com.my/sac.htm)

Saya sebagai seorang ISLAM ingin mendapat penjelasan terperinci daripada pihak JAKIM mengenai hal ini. Saya rasa bukan saja saya seorang yang inginkan penjelasan ini bahkan semua umat islam di negara ini. Perkara ini saya rasa perlu dihebahkan kepada seluruh UMAT ISLAM negara ini, jika JAKIM sudah tidak lagi mengiktiraf sijil Halal KFC kerana rangkaian restoran KFCH adalah tumpuan seluruh penduduk negara ini yang majoritinya ORANG ISLAM.

Nie pulak jawapan yg diberikan oleh JAKIM

To: "Tokan" cyberaider@yahoo.com

From: mohamed@islam.gov.my

Subject:

Re: Syariah Advisory Council of KFCH
Date: Fri, 1 Mar 2002 07:58:19 +0800

Penjelasan yang kami buat dalam laman web itu jelas dan penjelasan saya terhadap persoalan beberapa hari yang lalu sudah jelas. Tidak ada bahasa lagi yang saya dapat jelaskan. Cuba fahami betul-betul senario yang berlaku di negara kita. Cuba juga fahami Akta Perihal Dagangan 1972!. terima kasih.

So aku check kat laman web kpdnhq
http://www.kpdnhq.gov.my/melayu/akta09.htm

Akta Perihal Dagangan 1972

Akta ini memberi peruntukkan dan kuasa bagi melarang salah pernyataan perihal dagangan berhubung dengan barangan, perkhidmatan, tempat tinggal dan kemudahan yang dibekalkan dalam menjalankan perniagaan termasuk pernyataan palsu mengenai harga barang dan caj perkhidmatan. Perundangan Subsidiari di bawah :-

Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal) 1975 dan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975 Perintah ini melarang penggunaan tanda "Halal" yang mengelirukan pada makanan

Kini terpulanglah kepada individu untuk menganalisa fakta di atas .. kepada yg tak kisah seme nie.. its up to you... pada yg dah jadi lawyer tu... aku rasa korang boleh sue KFCH.. dan yg concern pada perkara nie.. sudi-sudikan lah sampaikan perkara ini pada kengkawan ISLAM yg lain.. its hard to accept.. sebeno nye aku pon suka makan KFC.. lagi-lagi Pizza Hut ... emmm... well..

aku rasa nie .. kerenah birokrasi punye hal... agama islam diperintah... bukannye memerintah ... TAKBIRRRRR!!!!

Kalo ade sesape dari site KFCH nak beri penjelasan?

Top        Home

Copyright 2001
Laman Web AbZad
Lot 1367 Kg. Tal Tujuh,
17030 Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
E-mail : hambaallah00@hotmail.com