Yahudi merancang untuk merobohkan Kaabah

 

Islam Online pada 1 oktober melaporkan bahawa seorang penulis Israel yang berbangsa Amerika yang bernama Roven Koret membuat satu cadangan supaya Ka'abah yang merupakan tempat dan pusat bagi umat Islam menunaikan solat lima waktu diroboh dan dimusnah. Katanya itulah tempat lahirnya para 'ekstrimist', 'fundamnetalist' dan 'terrorist'.

Dalam artikel yang bertajuk "Time to Face Mecca" yang disiarkan dalam sebuah majalah Israel, penulis Roven Koret menggesa dimusnahkan segera simbol umat Islam ini. Katanya, ".. biarkan mereka kehilangan arah untuk beribadat dan biarkan mereka tunduk kepada Tuhan mereka di atas timbunan tempat yang musnah." Asbu' akhbar mingguan Mesir menyatakan, "Ini adalah satu pandangan bahaya serta ancaman serius yang amat perlu diperhatikan malah semua perlu bersedia menghadapi suatu kemungkinan yang amat buruk dikhuatiri berlaku".

Menurut Roven Koret, Barat perlu mencari strategi yang dapat membendung kegiatan 'ganas' orang Islam di samping berusaha bersungguh-sungguh memusnahkan sistem nilai umat Islam, . "Jika perlu mengebom mereka, bomlah mereka dan tidak ada sebab untuk kita menghalangnya. Begitu juga usaha untuk menjatuhkan Saddam Hussien mesti diteruskan segera. Kerana beliau masih menjadi masalah kepada kita". Kerja-kerja ini katanya gagal disempurnakan dengan baik oleh George Bush senior dan sudah sampai masanya pula untuk giliran George Bush junior untuk meneruskan misi ini.

Katanya, .. "Di Mekah terdapat dua menara tinggi yang menjadi benteng yang merintangi sebuah kotak hitam yang menjadi tumpuan umat Islam beribadat dan objek serta simbol utama umat Islam untuk bersembahyang.."

Katanya; "Seseorang pun tak akan merasa ragu-ragu untuk menyatakan bahawa dengan kemusnahan simbol umat islam ini pasti akan membangkitkan keresahan yang berpanjangan di kalangan umat Islam.."

Dengan runtuhnya Mekah katanya, 'kerja-kerja seterusnya' akan menjadi lebih mudah. Malah katanya Barat perlu berrbuat demikian dari sekarang dengan pelbagai gaya dan bahasa yang boleh diterima umum.

Terjemahan Analisis Oleh: Lajnah Penyelidikan PUM

 

Top            Home

Copyright 2001
Laman Web AbZad
Lot 1367 Kg. Tal Tujuh,
17030 Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
E-mail : hambaallah00@hotmail.com