Hotel Perdana, The Store Rai Anak Yatim
Seramai 61 anak yatim diraikan pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan
oleh Hotel Perdana dan pasaraya The Store Sdn. Bhd. menjelang hari
lebaran,
baru-baru ini. Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Haji Hanifa Ahmad, Ahli
Lembaga Pengarah Hotel Perdana, Haji Mohd Amin Yaacob dan Anggota Dewan Undangan
Negeri (Adun) Pasir Tumbuh, Ustaz Baihaki Atiqullah.
Haji Hanifa berkata, program itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dan akan
diperluaskan di peringkat kampung pada masa akan datang. Menurutnya, program itu
diadakan sebagai membuktikan Hotel Perdana tidak hanya mementingkan keuntungan
semata-mata, sebaliknya juga turut menitik-beratkan soal kebajikan.
"Usaha sebegini juga akan diteruskan oleh PKINK bersama Hotel Perdana pada
masa akan datang bagi meringankan bebanan mereka yang kurang bernasib baik",
ujarnya. Turut hadir pada majlis itu ialah, Pengurus Besar Hotel Perdana, Samari
Che Ismail dan pihak pengurusan The Store.