Sekolah Tahfiz Semakin Pesat di Kelantan
Perkembangan sekolah tahfiz al-Quran di negeri ini semakin pesat
sekarang, kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ekoran itu,
kerajaan negeri mengambil langkah dengan mensyaratkan sekolah tahfiz dikehendaki
mengadakan sukatan mata pelajaran akademik di samping hafalan al-Quran.
"Peraturan baru dibuat supaya pelajar-pelajar sekolah tahfiz mendapat ilmu
pengetahuan akhirat dan keduniaan. Sebelum ini mereka hanya diajar cara membaca
al-Quran yang betul, tetapi mulai tahun ini Insya-Allah para pelajar tahfiz juga
berpeluang mengikuti pengajian akademik sebagaimana diajar di sekolah-sekolah
lain," ujarnya selepas mesyuarat Exco , di sini.
Oleh itu, katanya mana-mana pihak yang ingin mengadakan kelas tahfiz al-Quran
perlu mendaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
terlebih dahulu. Menurutnya, peraturan pendaftaran itu perlu bagi menyelaraskan
sekolah tahfiz dengan lebih licin serta teratur.