MB temui mangsa banjir di Gua
Musang
Menteri Besar dan
anggota-anggota Exco kerajaan negeri hari ini melawat tempat-tempat yang dilanda
banjir di sini, baru-baru ini.
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, lawatan tersebut diadakan
selepas beliau tidak berkesempatan menziarahi mereka semasa banjir berlaku akhir
Disember lalu.
Lawatan tersebut diadakan sempena mesyuarat Exco kerajaan negeri yang akan
diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang pagi ini.
Menteri Besar dan anggota Exco juga melakukan lawatan ke empat-tempat yang teruk
dilanda banjir di sekitar Gua Musang untuk mengetahui punca kejadian itu berlaku.
Baru-baru ini, Gua Musang teruk dilanda banjir apabila 900 keluarga menjadi
mangsa air bah dan ada penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.
Antara kampung yang terjejas teruk dilanda banjir termasuk Kampung Kundur,
Kampung Kerinting, Sungai Terah, Ciku 7 dan bandar lama Gua Musang.
Ekoran kejadian banjir itu sebanyak 17 rumah penduduk dihanyutkan arus sungai
dan 80 buah lagi rosak.
Majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir diadakan di Sekolah
Menengah Ugama Arab Gua Musang pada sebelah petang.