Jepun
Oleh : Rejab F.I
Gugurnya bom atom di bandar
Hiroshima dan Nagasaki pada 1945 yang hampir melumpuhkan Jepun masih diingati
oleh masyarakat dunia. Namun, tidak pun begitu lama, mereka bangun semula
menebus kekalahan lalu dan berjaya meletakkan diri setanding dengan negar-negara
maju di dunia hari ini.
Hasil
keperitan lalu itu masyarakat Jepuntelah mengubah sikap hidup mereka. Kini
masyarakat Jepun kaya dengan etika, amat gigih berkerja untuk mencapai cita-cita
serta mempunyai disiplin hidup yang kuat. Misalnya, ketika menaiki kereta api
laju yang merupakan pengangkutan paling utama di Jepun, tidak pernah ada
penumpang yang cuba menipu walaupun mereka boleh berbuat demikian. Ini kerana
mulai dari membeli tiket, memeriksanya hinggalah keluar dari stesen, kesemuanya
menggunakan sistem elektronik. Mereka akan rasa terhina dan malu sekiranya
tertangkap disebabkan kesalahan yang mereka lakukan.
Bahkan,
tidak terdengar perbualan kosong di dalam kereta api sama ada di kalangan
anak-anak muda atau golongan dewasa. Kebanyakkannya menggunakan masa dengan
membaca sama ada akhbar, majalah atau buku. Kebersihan di seluruh bandar dan
stesen kereta api amat nyata. Di mana-mana saja sertadap tong sampah berkembar
tiga. Sebuah untuk tin-tin minuman kosong, sebuah untuk akhbar dan majalah (lazimnya
mereka membuang akhbar dan majalah yang sudah dibaca) dan satu lagi untuk
kegunaan barangan lainnya. (perkara ini baru nak dipraktik di Malaysia).
Rakyat Jepun
juga terkenal dengan kejujurannya. Sekiranya ada barang yang tertinggal di
stetsen kereta api, tidak ada siapa pun yang akan mengambilnya. Dan rumah-rumah
mereka pula kebanyakkannya tidak berpagar. Kalau ada pun hanya pagar yang rendah
sebagai perhiasan. Malah ada rumah-rumah yang tidak berkunci. Tidak timbul
kekhuatiran akan berlakunya kecurian. Begitu
juga kawasan ibu pejabat pentadbiran di bandar raya Tokto, juga tidak berpagar.
Malah salah sebuah bangunan yang tertinggi, dijadikan tempat rekreasi untuk
rakyat Jepun melihat panorama badar Tokyo. Sesiapa yang ingin melawat ke sana
dilayan dengan baik oleh penjaga lif.
Kerajinan
dan ketekunan rakyat Jepun dalam berkerja amat nyata, hingga pejabat dijadikan
seperti rumah. Mereka begitu menyayangi pekerjaan dan tempat mereka berkerja.
Rakyat Jepun juga terkenal ramah dan bersopan santun. Mereka akan menyambut
pelancong dengan mesra. Sekiranya kita menziarahi rumah mereka, mereka kan layan
dengan baik, membawa kiat berjalan-jalan dan memberi hadiah.
Melihat
kepada sikap, kegigihan dan etika rakyat Jepun ini, tentulah sesiapa pun akan
tertarik hati. Di dalam Islam, sikap-sikap baik seperti itu memang dituntut.
Bagaimanapun sesuatu yang bergelar etika tidak abadi, sebab ia lahir kerana
pengaruh sekeliling dan tradisi. Ia akan berubah jika datang pula pengaruh lain
dari luar. Sebab itu, masalah sosial di kalangan generasi muda Jepun mula kronik
lantaran kemasukkan budaya Barat melalui media massa dan elektronik yang kini
semakin canggih dan meluas. Kita juga mendapati bilangan orang bunuh diri di
Jepun semakin meningkat.
Kalaulah
umat Islam dapat membangunkan sikap baik atas dasar iman dan taqwa, hingga ia
bertapak dan mendarah daging dalam peribadi, nescaya sikap baik itu akan dibawa
dalam sebarang tempat, keadaan dan berdepan siapa sahaja. Sebaliknya etika tidak
berlaku dalam semua keadaan dan tempat. Seorang yang begitu mesra dengan
pelancong belum tentu dapat menunjukkan kemesraannya kepada anggota keluarganya
sendiri. Sedangkan Islam menyuruh kita bermesra dengan sesiapa sahaja malah
lebih-lebih dituntut untuk berkasih sayang dengan sesama ahli keluarga.
Justeru itu,
kalau umat Islam benar-benar mengamalkan Islam atas dasar mentaati dan mematuhi
perintah Allah, sudah pasti akhlak dan sikap baik akan menjadi pakaian peribadi.
Seminggu berada di negara 'matahari terbit' itu memberikan banyak iktibar dan
pengajaran.
Jerman
Oleh : Mahani Che Ibrahim
"Blumen fur Siel"
sambil tersenyum Frau Schnolzer menghulurkan sejambak bunga kepada saya. "Danken
schon," terima kasih saya kepada ibu angkat bangsa Jerman itu. Jambangan
bunga itu kiriman sahabat pena Jerman saya, Christiane atau nama singkatannya
Sanne.
"Herzlich
Wilkommen in Deutschland!" (selamat datang ke negara Jerman), catat shabat
pena yang saya kenali sejak dua dekad itu. Daripada catatan itu dapat saya
bayangkan kerisauan dan rasa terkilan Sanne, yang tidak dapat bercuti untuk
menyambut ketibaan saya di Munchen (Munich). Pada tanggapan saya, dia bimbang
akan kedinginan orang Jerman yang akan "mengerunkan" saya.
Dia
menyatakan kebimbangan itu ketika melawat Malaysia pada tahun 1984. Katanya, di
Malaysia dia disambut dan dilayan dengan mesra bukan sahaja oleh keluarga dan
kawan saya, malah sesiapa sahaja yang ditemuinya. Suasana seperti ini tidak
mungkin saya rasai di negaranya. Apabila berpeluang mengunjungi negara Sanne,
atas ihsan Goethe Institut yang membiayai pengajian bahasa Jerman selama dua
bulan di Murnau, Sanne menyambut khabar ini dengan gembira bercampur bimbang.
"Jangan hirau sangat kedinginan orang Jerman," tulisnya.
Sebelum
memijak kaki dibumi negara tersebut, saya bersedia untuk menghadapi kedinginan
orang Jerman. Di lapangan terbang Frankfurt, petugasnya melayan tanpa membuahkan
sekelumit senyuman. "Itu biasa, orang Jerman" saya menyindir di dalam
hati.
Walaupun
sudah diberitahu tentang kedinginan orang Jerman, bahawa "semuanya berbeza
daripada Malaysia", perasaan tersisih tetap menghantui saya. Hal ini
ditambah pula kesemua orang yang ditemui bercakap dalam bahasa Jerman.
Keterasingan itu semakin terasa. Walaupun memahami sedikit bahasa Jerman,
sekiranya di sekeliling oleh orang-orang yang begitu serius dan payah untuk
tersenyum, terasa gementar juga.
Alhamdulillah, setibanya di Murnau keterasingan itu berkurangan. Bermula
daripada pemandu teksi yang berkata, "ich kenne Malaysia" (saya kenal
Malaysia), tuan punya hotel, guru-guru bahasa di Goethe Institute yang bertugas
tidak mengira waktu makan tengah hari, hinggalah kepada ibu angkat saya Frau
Schnolzer yang sentiasa mengukir senyuman manis, tanggapan saya tentang orang
Jerman berubah.
Di Murnau, masyarakatnya lebih
peramah dan senang didampingi. Hal ini mungkin disebabkan keadaan persekitaran
pekan kecil ini yang terletak hanya 74 KM dari Munich ini tidak diganggui
pencemaran alam dan ketegangan kehidupan kotaraya. Letaknya ialah di lereng
Pergunungan Apls, tidak jauh dari sempadan Austria dan Switzerland. Pekan ini
masih kekal dengan alam semulajadinya, dengan rumah-rumah yang berusia
beratus-ratus tahun, manakala setiap halaman dipenuhi pokok-pokok bunga
berwarna-warni dan epal.
.................Bersambung.....................