Koleksi
Khutbah
Berapa
umur anda ? Anda ingin tahu berapa lama anda hidup sekarang ? Untuk
mengetahuinya klik di sini.
[Kira
Umur]
Tercari-cari
maklumat. Ingin mendapatkannya ! klik di sini.
[Perpustakaan
Digital Islam]
Adakah
anda bosan ? Untuk menyelesaikannya anda boleh bermain permainan tictactoe dengan
klik link di bawah
[TicTacToe]
Magic
Cursor
WEB POll
Letakkan tetikus anda pada pilihan di atas.
|
|
|
|
| |
Halaman ini terdiri daripada beberapa maklumat yang berguna
yang mana merupakan keterangan sesuatu perkara. Maklumat ini mungkin dapat memberi
manfaat kepada anda.
Mumia
Mumia ialah mayat yang
telah diawetkan supaya tidak reput, dengan menggunakan bahan tradisional
atau bahan kimia. Pada zaman dahulu terdapat beberapa bangasa di dunia
yang mengamalkan adat mengawet mayat seperti kaum Incas dari Peru dan
orang asli Australia. Tetapi bangsa yang paling terkenal dengan adat ini
ialah orang-orang Mesir purba.
Orang-orang Mesir
dahulu percaya bahawa roh seseorang itu wujud selagi tubuhnya ada. Jadi
jika tubuh seseorang yang mati itu diawet, rohnya akan tetap wujud. Lalu
orang-orang Mesir ini menjadikan gurun pasir yang panas sebagai tempat
pengkebumian supaya mayat itu sentiasa kering. Tanpa air, proses
pereputan akan menjadi lebih lambat.
Pada tahun 3000 S.M
orang-orang Mesir mula mengawetkan mayat kerana mereka tidak lagi
menanam mayat si mati. Sebaliknya mayat diletakkan di dalam sebuah
bangunan khas. Tetapi udara lembap dalam bangunan tersebut
mempercepatkan proses pereputan mayat menyebabkan mereka mengambil
keputusan mengawetkan mayat dengan menggunakan rempah, herba dan damar
wangi.
Cara pengawetan ini
boleh dilakukan dengan beberapa cara. Cara yang terbaik tetapi
memerlukan belanja yang tinggi ialah dengan membelah mayat dan
mengeluarkan segala organ dalam tubuhnya lalu digantikan dengan bahan
pengawet yang telah disediakan. Otak mayat juga turut dikeluarkan. Tubuh
mayat ini kemudian dibungkus dengan kain pembalut luka (bandage).Kesemua
organ dalaman yang dikeluarkan (kecuali jantung) akan turut diawet dan
kemudian diletakkan dalam bekas yang berlainan lalu ditanam bersama
mayat tadi. Cara ini mengambil masa 70 hari untuk disempurnakan.
Cara yang kedua yang
tidak memerlukan belanja yang banyak ialah dengan merendamkan mayat
dalam cecair kimia natron selama empat atau lima minggu. Cara yang lebih
murah lagi ialah dengan merendamkan mayat dalam air garam atau kapur
tohor. Selepas kedua-dua proses rendaman ini, mayat akan dibalut dengan
kain pembalut luka.
|
Mumia ini kemudiannya
akan diletakkan dalam keranda kayu yang dibentuk seperti mumia dan
mempunyai ukiran wajah si mati. Kadang kala keranda ini diletakkan pula
dalam keranda batu atau sarcophagus.
Pada tahun 1000 S.M
orang-orang Mesir mula merasakan keperitan untuk membayar harga keranda
kayu kerana, pokok-pokok kayu yang besar tidak banyak terdapat di Mesir.
Lalu mereka telah menggunakan bahan yang lebih murah yang kini dikenali
sebagai cartonnage, diperbuat daripada kanvas kesat yang dikeraskan
dengan lepa atau plaster. Sebelum plaster itu keras, bentuk muka mumia
itu akan diukir pada plaster tersebut dan kemudian diwarnakan sebelum
disimpan di tempat khas. Mumia Mesir yang terkenal sehingga ke hari ini
ialah Tutankhamuum.
|
Sotong Kurita
Sotong kurita mendapat
nama daripada orang-orang Greek yang menggelarnya haiwan berkaki lapan
(octopus). Kelapan-lapan kaki kurita ini seumpama belalai, mempunyai
deretan bulatan penyeduk di bahagian bawahnya. Fungsi penyedut ialah
untuk menyedut apa sahaja objek yang hendak ditangkapnya.
Kurita ialah sejenis
haiwan moluska yang dikenali sebagai cephalopod. Dibahagian belakang
haiwan ini terdapat satu corong saluran air yang memancutkan dengan kuat
sehingga menolak kurita ini ke belakang dengan laju. Beginilah cara
kurita melarikan diri daripada musuh. Satu lagi cara haiwan ini
melindungi diri daripada musuh ialah dengan memancutkan cecair hitam
daripada pundi dibahagian bawah badannya. Cecair itu akan menggelapkan
air persekitarannya lalu melindungi arah haiwan ini melarikan diri.
Kurita dianggap sebagai
haiwan yang cerdik. Kurita betina mengambil berat tentang anak-anaknya.
Telur kurita dikendung di dalam kapsul yang melekat pada sebarang objek
yang terapung dalam air. Biasanya telur-telur ini akan terapung secara
berkumpulan dan ibunya sentiasa memerhatikan perkembangan telur-telur
ini. Si ibu akan menukarkan air di persekitaran telur-telur itu dengan
menyemburkan air melalui corong saluran airnya. |
Seperti juga kurita
dewasa, anak-anak kurita ini boleh bertukar warna daripada merah kepada
kelabu, kuning, coklat atau biru kehijauan, bergantung kepada warna
persekitarannya. Ini dapat dilakukan dengan bantuan pigmen atau bahan
pewarna di kulit haiwan yang berfungsi sebagai pelindung daripada musuh.
Lebih 140 spesies
kurita dijumpai di semua lautan di dunia ini. Kurita yang biasa, hanya
berukuran 1.8 meter (6 kaki) dari kepala sehingga ke hujung kakinya.
Tetapi kurita raksaksa yang terdapat dilautan Pasifik berukuran sehingga
9.1 meter (30 kaki).
|
Anjing
Anjing telah dibela
oleh manusia lebih dahulu daripada binatang yang lain. Terdapat lebih
daripada dua ratus jenis anjing yang diperlukan untuk tujuan yang
tertentu. Apabila satu jenis anjing itu dibawa ke satu tempat baru, ia
akan bergaul dengan anjing liar di tempat tersebut dan seterusnya
mengalami perubahan rupa untuk menyesuaikan diri dengan iklim baru.
Sebab itulah di Mexico, anjingnya berbulu nipis berbeza anjing di tempat
sejuk yang berbulu tebal.
Anjing terbahagi kepada
enam kumpulan mengikut keperluan tugasnya: anjing sukan yang memburu
dengan menghidu udara; hound yang memburu dengan menghidu bau tanah;
terrier yang memburu dengan mengali tanah; anjing kerja; anjing mainan
yang sekadar dibuat teman dan anjing lain yang tiada kegunaan tertentu.
Ahli sains tidak dapat
mengkaji asal usul anjing sebagaimana mereka dapat melakukannya pada
kuda. Ada ahli sains yang mempercayai bahawa anjing berasal daripada dua
jenis serigala pada suatu masa dahulu. Ada yang percaya anjing berasal
daripada serigala - cantuman coyote dan fox. Tetapi yang paling baik
ialah anjing dan serigala satu keturunan. |
Ada beberapa 'telatah'anjing
yang menjadi satu mitos. Anataranya ialah anjing menimbus tulang kerana
memikirkan bahawa 'nenek moyang' mereka dulu tidak diterimakan makanan
yang tetap oleh manusia. Anjing berkeliling 3 kali sebelum tidur,
kononnya kerana 'nenek moyang' mereka membuat tempat tidur di celah
daun-daun hutan. Apabila anjing menyalak panjang mungkin kerana ia
mengingat masa lalu semasa anjing berkejaran beramai-ramai seperti
serigala.
Antara penyakit anjing
yang paling diketahui ialah 'anjing gila'. Seseorang boleh maut jika
digigit oleh anjing menghidapi penyakit itu. Penyakit ini disebabkan
oleh sejenis virus yang menyerang otak dan saraf tunjang.
Umum menganggapkan
penyakit ini hanya menyerang anjing sehaja. Sebenarnya penyakit ini
boleh menjangkiti semua haiwan yang berdarah panas seperti lembu, kucing,
serigala, malahan kelawar. Bagaimanapun kebanyakkan binatang ini tidak
menjangkiti penyakit itu kepada manusia.
|
Talun
Pernahkah anda melaung
di satu kawasan berbukit bukau dan anda mendengar laungan yang serupa
lima hingga enam kali ? Tahukah anda tentang lagenda talun ini?
Pada zaman Yunani kuno,
terdapat seorang pari-pari kuno yang bernama Echo. Sifatnya sangatlah
buruk - terlalu banyak bercakap untuk menghukumnya, Dewi Hera
menghalangnya daripada bercakap kecuali setelah ditegur. Dia hanya
mengulang apa yang didengarnya. Pada suatu hari dia bertemu dengan
seorang pemuda yang kacak yang bernama Narcissus. Echo jatuh cinta,
tetapi Narcissus tidak membalasnya. Echo bersedih dan merana sehingga
menghilang dan yang tinggal hanyalah suaranya sahaja. Bunyi yang
berulang-ulang itulah yang dinamakan talun !
Daripada segi saintifik,
talun berkaitan dengan bunyi. Bunyi bergerak pada kelajuan 1100 kaki
persaat dalam udara terbuka. Pergerakkannya mengikut gelombang seperti
riak pada air yang berlaku akibat dilontar dengan batu yang kecil.
Gelombang bunyi bergerak ke segala arah seperti juga cahaya yang
dipancarkan oleh sebiji mentol. |
Apabila terkena
rintangan, gelombang bunyi ini akan mungkin melantun kembali seperti
juga cahaya yang dibalikkan. Apabila gelombang bunyi dibalikkan. Dengan
cara begini, kedengaranlah talun. Oleh itu, talun adalah bunyi yang
diulang oleh pembalikkannya.
Bagaiamanapun, bukan
semua rintangan boleh mengeluarkan talun. Ada yang menyerapkan bunyi itu,
dan bunyi tidak dibalikkan. Unsur-unsur yang boleh mengeluarkan talun
ialah permukaan yang licin seperti dinding rumah, tebing tinggi dan atap
yang melengkung.
Awan juga adalah
pembalik bunyi yang baik. Guruh yang bertali-tali didengar adalah talun
daripada sekali dentuman yang kuat yang dibalikkan banyak kali oleh awan.
|
...... Next |