"Saya bukan wanita
bionik," tegas Julie Hill sambil cuba berdiri. "Walaupun alat
elektrik dipasang ke dalam tubuh saya, sebenarnya otot dan tulang
sayalah yang membolehkan saya berdiri," tambahnya.
Bagi kumpulan orang,
keupayaan untuk berdiri bukanlah suatu perkara yang boleh dibanggakan.
Bagaimanapun, bagi Hill kebolehan ini amat bermakna dalam hidupnya. Enam
tahun lalu saraf tunjangnya cedera teruk semasa dia terlibat dalam
kemalangan dengan sebuah kereta. Akibatnya otot pada bahagian bawah
pinggangnya tidak dapat berfungsi dan hilang deria rasa.
Tahun lalu, cerita
tentang Hill telah mendapat publisiti yang meluas di media massa. Dia
telah mencipta sejarah dalam dunia perubatan sebagai orang pertama yang
menjalani pembedahan untuk memasang 12 elektrod di sepanjang bahagian
tulang belakangnya. Dengan sentuhan sebiji butang sahaja wanita yang
lumpuh ini dapat berdiri tegak. Kejadian ini merupakan suatu keajaiban
yang mustahil dapat dilakukannya sebelum ini.
Tunggu sambungannya.........................