Ensiklopedia

Home Biodata Keluarga Kampungku

 

Karya
Agama
Lawatan
Koleksi
Tokoh
Kesihatan
Mutiara Kata
Links Pilihan
Ensiklopedia
Misteri Sains
Buku Pelawat
Aplikasiku

Koleksi Khutbah

Berapa umur anda ? Anda ingin tahu berapa lama anda hidup sekarang ? Untuk mengetahuinya klik di sini.
[Kira Umur]

Tercari-cari maklumat. Ingin mendapatkannya ! klik di sini.
[Perpustakaan Digital Islam]

Adakah anda bosan ? Untuk menyelesaikannya anda boleh bermain permainan tictactoe dengan klik link di bawah
[TicTacToe]

Magic Cursor

WEB POll

Pendidikan
Adakah sistem pendidikan di Malaysia sekarang patut diubah ?

Ya
Tidak
Kurang Pasti


Current Results

Heading
Pilihan satu
Pilihan dua
Pilihan tiga
Pilihan empat
Letakkan tetikus anda pada pilihan di atas.

Halaman ini terdiri daripada beberapa maklumat yang berguna yang mana merupakan keterangan sesuatu perkara. Maklumat ini mungkin dapat memberi manfaat kepada anda.

Mumia

Mumia ialah mayat yang telah diawetkan supaya tidak reput, dengan menggunakan bahan tradisional atau bahan kimia. Pada zaman dahulu terdapat beberapa bangasa di dunia yang mengamalkan adat mengawet mayat seperti kaum Incas dari Peru dan orang asli Australia. Tetapi bangsa yang paling terkenal dengan adat ini ialah orang-orang Mesir purba.

Orang-orang Mesir dahulu percaya bahawa roh seseorang itu wujud selagi tubuhnya ada. Jadi jika tubuh seseorang yang mati itu diawet, rohnya akan tetap wujud. Lalu orang-orang Mesir ini menjadikan gurun pasir yang panas sebagai tempat pengkebumian supaya mayat itu sentiasa kering. Tanpa air, proses pereputan akan menjadi lebih lambat.

Pada tahun 3000 S.M orang-orang Mesir mula mengawetkan mayat kerana mereka tidak lagi menanam mayat si mati. Sebaliknya mayat diletakkan di dalam sebuah bangunan khas. Tetapi udara lembap dalam bangunan tersebut mempercepatkan proses pereputan mayat menyebabkan mereka mengambil keputusan mengawetkan mayat dengan menggunakan rempah, herba dan damar wangi.

Cara pengawetan ini boleh dilakukan dengan beberapa cara. Cara yang terbaik tetapi memerlukan belanja yang tinggi ialah dengan membelah mayat dan mengeluarkan segala organ dalam tubuhnya lalu digantikan dengan bahan pengawet yang telah disediakan. Otak mayat juga turut dikeluarkan. Tubuh mayat ini kemudian dibungkus dengan kain pembalut luka (bandage).Kesemua organ dalaman yang dikeluarkan (kecuali jantung) akan turut diawet dan kemudian diletakkan dalam bekas yang berlainan lalu ditanam bersama mayat tadi. Cara ini mengambil masa 70 hari untuk disempurnakan.

Cara yang kedua yang tidak memerlukan belanja yang banyak ialah dengan merendamkan mayat dalam cecair kimia natron selama empat atau lima minggu. Cara yang lebih murah lagi ialah dengan merendamkan mayat dalam air garam atau kapur tohor. Selepas kedua-dua proses rendaman ini, mayat akan dibalut dengan kain pembalut luka.

 

Mumia ini kemudiannya akan diletakkan dalam keranda kayu yang dibentuk seperti mumia dan mempunyai ukiran wajah si mati. Kadang kala keranda ini diletakkan pula dalam keranda batu atau sarcophagus.

Pada tahun 1000 S.M orang-orang Mesir mula merasakan keperitan untuk membayar harga keranda kayu kerana, pokok-pokok kayu yang besar tidak banyak terdapat di Mesir. Lalu mereka telah menggunakan bahan yang lebih murah yang kini dikenali sebagai cartonnage, diperbuat daripada kanvas kesat yang dikeraskan dengan lepa atau plaster. Sebelum plaster itu keras, bentuk muka mumia itu akan diukir pada plaster tersebut dan kemudian diwarnakan sebelum disimpan di tempat khas. Mumia Mesir yang terkenal sehingga ke hari ini ialah Tutankhamuum.







































Sotong Kurita

Sotong kurita mendapat nama daripada orang-orang Greek yang menggelarnya haiwan berkaki lapan (octopus). Kelapan-lapan kaki kurita ini seumpama belalai, mempunyai deretan bulatan penyeduk di bahagian bawahnya. Fungsi penyedut ialah untuk menyedut apa sahaja objek yang hendak ditangkapnya.

Kurita ialah sejenis haiwan moluska yang dikenali sebagai cephalopod. Dibahagian belakang haiwan ini terdapat satu corong saluran air yang memancutkan dengan kuat sehingga menolak kurita ini ke belakang dengan laju. Beginilah cara kurita melarikan diri daripada musuh. Satu lagi cara haiwan ini melindungi diri daripada musuh ialah dengan memancutkan cecair hitam daripada pundi dibahagian bawah badannya. Cecair itu akan menggelapkan air persekitarannya lalu melindungi arah haiwan ini melarikan diri.

Kurita dianggap sebagai haiwan yang cerdik. Kurita betina mengambil berat tentang anak-anaknya. Telur kurita dikendung di dalam kapsul yang melekat pada sebarang objek yang terapung dalam air. Biasanya telur-telur ini akan terapung secara berkumpulan dan ibunya sentiasa memerhatikan perkembangan telur-telur ini. Si ibu akan menukarkan air di persekitaran telur-telur itu dengan menyemburkan air melalui corong saluran airnya.

Seperti juga kurita dewasa, anak-anak kurita ini boleh bertukar warna daripada merah kepada kelabu, kuning, coklat atau biru kehijauan, bergantung kepada warna persekitarannya. Ini dapat dilakukan dengan bantuan pigmen atau bahan pewarna di kulit haiwan yang berfungsi sebagai pelindung daripada musuh.

Lebih 140 spesies kurita dijumpai di semua lautan di dunia ini. Kurita yang biasa, hanya berukuran 1.8 meter (6 kaki) dari kepala sehingga ke hujung kakinya. Tetapi kurita raksaksa yang terdapat dilautan Pasifik berukuran sehingga 9.1 meter (30 kaki).




















Anjing

Anjing telah dibela oleh manusia lebih dahulu daripada binatang yang lain. Terdapat lebih daripada dua ratus jenis anjing yang diperlukan untuk tujuan yang tertentu. Apabila satu jenis anjing itu dibawa ke satu tempat baru, ia akan bergaul dengan anjing liar di tempat tersebut dan seterusnya mengalami perubahan rupa untuk menyesuaikan diri dengan iklim baru. Sebab itulah di Mexico, anjingnya berbulu nipis berbeza anjing di tempat sejuk yang berbulu tebal.

Anjing terbahagi kepada enam kumpulan mengikut keperluan tugasnya: anjing sukan yang memburu dengan menghidu udara; hound yang memburu dengan menghidu bau tanah; terrier yang memburu dengan mengali tanah; anjing kerja; anjing mainan yang sekadar dibuat teman dan anjing lain yang tiada kegunaan tertentu.

Ahli sains tidak dapat mengkaji asal usul anjing sebagaimana mereka dapat melakukannya pada kuda. Ada ahli sains yang mempercayai bahawa anjing berasal daripada dua jenis serigala pada suatu masa dahulu. Ada yang percaya anjing berasal daripada serigala - cantuman coyote dan fox. Tetapi yang paling baik ialah anjing dan serigala satu keturunan.

Ada beberapa 'telatah'anjing yang menjadi satu mitos. Anataranya ialah anjing menimbus tulang kerana memikirkan bahawa 'nenek moyang' mereka dulu tidak diterimakan makanan yang tetap oleh manusia. Anjing berkeliling 3 kali sebelum tidur, kononnya kerana 'nenek moyang' mereka membuat tempat tidur di celah daun-daun hutan. Apabila anjing menyalak panjang mungkin kerana ia mengingat masa lalu semasa anjing berkejaran beramai-ramai seperti serigala.

Antara penyakit anjing yang paling diketahui ialah 'anjing gila'. Seseorang boleh maut jika digigit oleh anjing menghidapi penyakit itu. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan saraf tunjang.

Umum menganggapkan penyakit ini hanya menyerang anjing sehaja. Sebenarnya penyakit ini boleh menjangkiti semua haiwan yang berdarah panas seperti lembu, kucing, serigala, malahan kelawar. Bagaimanapun kebanyakkan binatang ini tidak menjangkiti penyakit itu kepada manusia.





Talun

Pernahkah anda melaung di satu kawasan berbukit bukau dan anda mendengar laungan yang serupa lima hingga enam kali ? Tahukah anda tentang lagenda talun ini?

Pada zaman Yunani kuno, terdapat seorang pari-pari kuno yang bernama Echo. Sifatnya sangatlah buruk - terlalu banyak bercakap untuk menghukumnya, Dewi Hera menghalangnya daripada bercakap kecuali setelah ditegur. Dia hanya mengulang apa yang didengarnya. Pada suatu hari dia bertemu dengan seorang pemuda yang kacak yang bernama Narcissus. Echo jatuh cinta, tetapi Narcissus tidak membalasnya. Echo bersedih dan merana sehingga menghilang dan yang tinggal hanyalah suaranya sahaja. Bunyi yang berulang-ulang itulah yang dinamakan talun !

Daripada segi saintifik, talun berkaitan dengan bunyi. Bunyi bergerak pada kelajuan 1100 kaki persaat dalam udara terbuka. Pergerakkannya mengikut gelombang seperti riak pada air yang berlaku akibat dilontar dengan batu yang kecil. Gelombang bunyi bergerak ke segala arah seperti juga cahaya yang dipancarkan oleh sebiji mentol.

Apabila terkena rintangan, gelombang bunyi ini akan mungkin melantun kembali seperti juga cahaya yang dibalikkan. Apabila gelombang bunyi dibalikkan. Dengan cara begini, kedengaranlah talun. Oleh itu, talun adalah bunyi yang diulang oleh pembalikkannya.

Bagaiamanapun, bukan semua rintangan boleh mengeluarkan talun. Ada yang menyerapkan bunyi itu, dan bunyi tidak dibalikkan. Unsur-unsur yang boleh mengeluarkan talun ialah permukaan yang licin seperti dinding rumah, tebing tinggi dan atap yang melengkung.

Awan juga adalah pembalik bunyi yang baik. Guruh yang bertali-tali didengar adalah talun daripada sekali dentuman yang kuat yang dibalikkan banyak kali oleh awan.













    ...... Next