|
Berapa
umur anda ? Anda ingin tahu berapa lama anda hidup sekarang ? Untuk
mengetahuinya klik di sini. Tercari-cari
maklumat. Ingin mendapatkannya ! klik di sini. Adakah
anda bosan ? Untuk menyelesaikannya anda boleh bermain permainan tictactoe dengan
klik link di bawah WEB POll | Selamat datang ke halaman kesihatan. Di sini anda akan mendapat informasi yang amat berguna untuk mempertingkatkan kesihatan anda.
Jika anda mempunyai sebarang rencana yang menarik untuk dikongsi bersama, anda bolehlah hantarkan kepada saya dengan klik di sini. Kalsium & Hipertensi Selain membina tulang dan gigi, jumlah kalsium yang mencukupi semasa peringkat kanak-kanak mungkin menyingkirkan hipertensi di kalangan remaja, adalah antara hasil kajian yang dijalankan oleh Sekolah Perubatan Universiti Boston. Ibu-ibu kepada 79 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan tiga hingga lima tahun telah diminta supaya mengawasi bahan makanan yang diambil oleh anak-anak mereka dalam jangka masa 12 hari. Kanak-kanak yang menggunakan paling banyak kalsium mempunyai tekanan darah yang lebih rendah. Secara terperinci, bagi setiap tambahan 100 miligram kalsium per 100 kalori sehari, tekanan darah sitolik adalah lebih rendah sebanyak 2 mm. Penemuan ini sungguh menakjubkan, tetapi para penyelidik berpendapat bahawa mereka perlu menjalankan kajian lanjut bagi mengetahui sama ada pengingesan kalsium yang banyak (ingesting ample calcium) ketika peringkat kanak-kanak bolah membantu mengelakkan tekanan darah tinggi di usia lanjut. Bagaimanapun, adalah amat penting bagi setiap kanak-kanak mendapat kalsium yang mencukupi, iaitu 800 mg sehari sehingga usia 11 tahun dan 1200 mg sehari di usia 11 hingga 18 tahun. (Lapan auns gelas susu rendah lemak atau susu skim mengandung kira-kira 300 mg kalsium dan secawan yogurt mengandung 300 mg hingga 400 mg kalsium). Penyelidikan terdahulu yang mengkaji kesan kalsium terhadap tekanan darah orang dewasa tidak memberikan hasil yang menyakinkan. Bagaimanapun kajian tersebut mencadangkan bahawa sesetengah orang dewasa yang mengalami tekanan darah tinggi boleh mendapat manfaat daripada pengambilan kalsium tambahan, golongan ini termasuklah wanita hamil dan individu yang dietnya rendah dengan kalsium. - Majalah Sihat Dadih Rangsang Sistem Imun Tubuh Yogurt atau dadih mungkin begitu asing bagi sesetengah daripada anggota masyarakat Malaysia, tetapi banyak kajian yang dijalankan telah menunjukkan manfaat bahan ini terhadap kesihatan manusia. Satu kajian awal telah dijalankan ke atas 13 orang wanita yang mempunyai sejarah jangkitan yis pada vagina. Didapati bahawa selepas memakan yogurt yang mengandungi kultur hidup setiap hari selama enam bulan, mereka tidak lagi mengalami jangkitan baru berbanding semasa dalam tempoh enam bulan tanpa pengambilan yogurt. Purata jangkitan menurun daripada 2.5 setiap wanita kepada kurang daripada satu (Annals of Internal Medicine, Mac 1992). Dalam satu kajian lain, 68 orang yang memakan dua cawan yogurt dengan kultur hidup, menghasilkan empat kali lebih 'gamma interferon' di dalam badan mereka berbanding individu yang memakan 'heat-treated yogurt' (yang membunuh kultur) atau individu yang tidak mengambil kedua-dua bahan makanan tersebut. Peningkatan 'gamma interferon' yang dihasilkan oleh sel darah putih (sel untuk melawan jangkitan) mencadangkan bahawa bakteria boleh merangsang sistem imun tubuh (International Journal of Immunolotheraphy,1991). Seorang penyelidik dari Universiti California yang banyak menjalankan kajian terhadap imuniti, Dr. Halpern berpendapat bahawa bakteria di dalam yogurt bertindak secara merangsang sebahagian daripada sistem imun di dalam trek usus. Menurutnya, kemungkinan bakteria berkenaan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma 'jahat' hidup. Walaupun hasil kajian ini begitu memberangsangkan, masih banyak kajian perlu dilakukan bagi mengesahkan hasil ini. Perkataan "kultur hidup aktif" yang tertera pada bekas yogurt adalah merujuk kepada organisma Lactobacillus bulgaricus dan Streptococcus thermophilus, yang menukar susu kepada yogurt. Organisma ini adalah antara kultur yang dikaji oleh Dr.Halpern. Bagaimanapun, dalam penyelidikan vaginitis, kultur yang dimakan ialah Lactobacillus acidophilus. - Majalah Sihat Panduan Kesihatan Secara Islam
LARANGAN-LARANGAN
TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN
TUBUH BADAN
1) Tidak boleh sama
sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2) Mandi setelah makan.
3) Sentiasa berada dalam
keadaan keluh-kesah dan berdukacita
4) Berada dalam keadaan
terlalu lapar.
5) Berjaga malam selain
dari qiamullail.
6) Memakan daging yang
tidak disembelih mengikut hukum Islam
FAKTOR-FAKTOR YANG
MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu
bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang
bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai
pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan
perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
6) Memakan makanan yang
agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH
MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.
4) Banyak jimak.
FAKTOR YANG BOLEH
MELEMAHKAN BADAN
1) Banyak jimak.
2) Sentiasa berada dalam
dukacita dan keluh kesah.
3) Banyak minum air yang
bercampur dengan air liur kita sendiri
4) Banyak memakan makanan
yang serba masam.
SUPAYA BADAN SENTIASA
SIHAT
1) Minumlah madu lebah
asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk(masak)
2) Sentiasa meminum air
lebihan (baki) dari wuduk.
BAGI MENAMBAHKAN
KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari
bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama
dengan orang alim.
MAKANAN ATAU MINUMAN YANG
TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH,JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke
dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan
bandannya ke dalam makananan atau minuman itu,kemudian ambil dan buangkan
lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan
membazir,orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara
yang haram.
2) Membuang air kecil
semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau
memakan makanan yang bercampur semut
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan
yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir
tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan
(bukan cara Islam).
9) Terlalu memikirkan
yang bukan-bukan. 10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
LARANGAN DAN PERATURAN
SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur
selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2) Hendaklah berjalan
selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah
3) Sebaik-baik hendaklah
bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam
SUPAYA AIR YANG DIMINUM
MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI
WAKTU-WAKTU BERIKUT :
1) Selepas bersenam,
bersukan atau melakukan kerja-kerja berat
2) Selepas berjimak.
3) Selepas makan atau
sebelumnya.
4) Ketika sedang makan.
5) Selepas memakan
buah-buahan.
6) Selepas keluar dari
bilik mandi.
7) Ketika terjaga dari
tidur.
CARA TIDUR YANG
SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam
sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan
berwuduk
2) Bangkitlah di awal
separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi. berwuduk dan
bersembayang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah
semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar
4) Tidurlah dengan
mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan,rusuk kiri di bahagian
atas,supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam
makanan.Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK
DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah
terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu
Asar.
3) Tidur di bawah cahaya
matahari waaupun terkena separuh dari badan
BAHAYA TIDUR DI SIANG
HARI
Dilarang tidur di siang
hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan
penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan
perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan
mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan
akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU
SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh,
terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur
2) Hindarkan dari tidur
lewat malam.
3) Lakukan gerak badan
dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil
4) Minumlah segelas air
masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja
bangun dari tidur
5) Cucilah muka terutama
bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan
bersembahyang Subuh.
PEKARA-PEKARA YANG BOLEH
MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Banyak melakukan jimak.
2) Terlalu banyak
bercita-cita atau berangan-angan.
3) Banyak minum air di
waktu pagi.
4) Banyak memakan atau
meminum yang seba masam.
SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA
PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang
berterusan.
2) Kolestrol yang
berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di
tengah malam.
5) Berjimak di dalam air
atau ketika udara terlalu sejuk.
6) Melakukan kerja secara
berterusan.
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat kepada
benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang
+/salib.
3) Melihat kepada alat
kelamin perempuan atau bayangan luar
4) Duduk dengan
membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang
dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis. Buah kurma
atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam keluarga
phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya
bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang
tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan
protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian
seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Selain
kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda
Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma
seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi
oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan
protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0
hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.
Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah
serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali
sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi
sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan
dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh
sebagai tenaga.
Disunatkan
berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam.
Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan
seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih.
Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan
berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan
terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan
yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta
menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan
kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk
mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan
vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun
sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan
yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh
tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber
mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi
potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Pengambilan
potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau
memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit
serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot,
sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan
ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan,
sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu
atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan
mempopularkan khasiatnya.
Kurma diakui
sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah
ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur
untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan
sebahagiaannya kamu makan."
Diriwayat
oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika
sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang
dimakan."
Dikisahkan
sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang
malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya.
Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.
Dalam bidang
perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia
amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.
Dalam
perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk
seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit.
Begitu juga
dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.
Melalui
petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan
penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.
Jus buah
kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain
dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan
kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem,
sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kita
seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma
baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan
ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula
berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.
# Tak payah
tunggu bulan ramadhan baru nak makan buah kurma - wm
|